Sehari sebelumnya
Bismillah ....(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera 😃
Sehari sebelum kami menjalankan projek UMBI di PEKEAS. Kami berlapan telah bercadang untuk mengadakan pertemuan dan perbincangan terakhir pada malamnya. Segala persiapan dan persidaan telah kami laksanakan agar keesokan paginya segala perancangan berjalan dengan lancar diatas kehendakNya. Pada malam tersebut saya membawa salah seorang sukarelawan yang datang jauh dari UKM hanya untuk membantu kami. Jujur saya katakan, tidur saya pada malam itu tidaklah begitu lena dek kerana memikirkan program yang akan dijalankan pada keesokan harinya. Sukar untuk saya gambarkan persaan pada malam itu, bercampur baur, perasaan gementar, takut, teruja, seronok dan macam- macam lagi. Tetapi saya akui, kami hanya merancang dan Yang Maha Kuasa yang menentukan segalanya. Saya hanya mampu berdoa agar segala perancangan kami berjalan dengan lancar. Aminn
No comments:
Post a Comment