Assalamualaikum wbt....
Hai sahabat blogger..bertemu lagi kita pada entry kali ini
Dengan berkat usaha yang kami korbankan untuk program ini selama beberapa bulan. Maka, hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Pada pagi tersebut, hati saya dihujani dengan pelbagai perasaan mahupun gementar, takut, gembira, teruja dan juga tak sabar untuk berjumpa dengan mereka semua. Fikiran saya melayang memikirkan reaksi adik-adik apabila kami semua tiba di sana. Semasa saya dan rakan-rakan yang dalam perjalanan ke sana. Hati saya tidak berhenti-henti membaca doa agar dipermudahkan segala program yang berlansung selama 2 hari 1 malam. Saya bersama Mai tak habis-habis merancang apa yang perlu kami lakukan untuk memeriahkan lagi kumpulan kami untuk memenangi gelaran juara. Haha. Semangat kan kami.
Pada jam 9 pagi, kami semua pun tiba. Sesudah
van berhenti parking dihadapan rumah kebajikan tersebut. Kami diserang oleh
kanak-kanak di rumah tersebut, mereka semua menantikan ketibaan kami semua. Haha.
Saya sudah berasa cemas apabila dikerumuni oleh anak-anak tersebut, kali ini
mereka lebih luar biasa berbanding kali pertama kami melawat mereka. Hehe. Apabila
aktiviti bermula , situasi agak sukar untuk dikawal kerana kanak-knak tersebut
sangat ‘hyper’ dan susah untuk dikawal. Pada mulanya saya berasa sangat risau
jika program tersebut tidak dapat dijalankan. Tetapi, alhamdulillah dengan
bantuan seorang sukarelawan yang dihantar oleh Allah. Dia dapat mengawal
kanak-kanak tersebut dan telah memastikan aktiviti dijalankan dengan lancer dan
baik. Dia menggunakan tagline ‘tepuk sekali senyap’ untuk membuatkan
kanak-kanak tersebut mendengar arahan dengan lebih jelas. Kami betul-betul
berasa bersyukur dengan kemunculan 6 orang ahli sukarelawan yang sangat-sangat membantu kami, tanpa mereka semua mungkin kami tak dapat handle segalanya dengan baik. TERIMA KASIH aku ucapkan untuk kalian semua.
Saat yang paling manis bagi aku ialah
apabila kami bermain game pada petang itu, iaitu permainan ping pong bingo dan
ikan terbang. Saya dan Mai menjadi hilang akal apabila memberi semangat kepada
kumpulan kami. Haha. Permainan pada petang itu sangat meriah sambil dialuni
irama ‘upbeat song’. Haha. Best sangat-sangat rasa macam nak buat lagi program
tersebut dengan adik-adik Pekeas pada masa yang datang. Walaupun penat dan
geram kerana adik-adik tak dengar arahan , tetapi saya berasa tetap gembira
bila bersama-sama dengan adik-adik disana, rasa sayang dah mula hadir. Hehe.
LOVE ALL OF U adik-adik PEKEAS.
Selesai solat maghrib, kami mengadakan satu tazkirah yang disampaikan oleh Muhd Amirul. Alhamdulillah, banyak isi yang dapat kami sematkan di dalam ingatan kami. Setiap kata-kata yang diungkapkan oleh beliau dapat kami jadikan ilmu pengetahuan.
Setelah
aktiviti pada petang berlalu, jum kita tengok apa yang berlaku pada waktu
malam. Haha, pada malam tersebut saya berasa sangat-sangat letih. Sehinggakan sewaktu
aktiviti persediaan fasion show berlansung saya sudah terduduk diam dan
kehilangan idea untuk mereka baju untuk aktiviti fasion show. Hehe. Tapi alhamdulillah,
kami dibantu oleh Dr. Arpah untuk membuat design baju tersebut. Setelah dibantu
oleh Dr.Arpah, saya berasa bersemangat semula. Haha. Alhamdulillah. Walaupun susah
nak kawal budak-budak itu pada malam tersebut tetapi saya tetap dapat melihat
kekreatifan yang terserlah pada setiap individu. Saya juga dapat melihat talian
persahabatan yang mereka tunjukkan, walaupun masing-masing sering bergaduh
tetapi apabila tiba masa mereka bergabung, mereka lakukan tugasan bersama-sama.
Saya berharap sangat agar mereka semua ada masa hadapan yang cerah dan akan
tetap bersama. Saya dapat rasakan jika satu saat masing-masing telah membuat
haluan sendiri, pasti mereka semua akan merindui kenangan yang mereka bina
setelah sekian lama, dari kecil sehingga melonjak dewasa.
Pada
keesokkan harinya, kami mengadakan aktiviti qiamulail. Pada pagi buta tersebut,
kami berlima iaitu Fatin, Shamin, Ain, Adlina dan juga saya bersama-sama
mengejutkan adik-adik. Saat saya mengejutkan mereka, hati saya betul-betul sayu
melihat wajah mereka. Tenang hati ini. Saya berkata-kata dalam hati, “kenapa
kau kuat dan tabah sangat-sangat tempuh kehidupan ni dik, macam mana kau boleh
hidup sendiri tanpa orang tersayang berada di sisi?”. Airmata saya bergenang, tetapi
cepat-cepat saya keluar daripada bilik mereka kerana saya takut emosi saya tak
dapat dikawal. Saya berasa malu nak menangis di hadapan rakan-rakan yang lain. Intu
lah saat yang saya rasa tenang bagi saya. Selesai kejutkan mereka semua, saya
terus bergegas ke tempat penginapan saya disebabkan saya tidak dapat solat
bersama. Tetapi, saat saya melintas untuk menaiki tangga ke bilik, hati saya
lagi sekali dipagut rasa sayu. Inginku peluk dirinya, tetapi aku tak mampu. Insan
tersebut ialah warga tua yang tinggal bersama kami semasa kami menumpang dirumahnya.
Dia dikenali sebagai opah di kalangan anak-anak disana. opah seorang yang
nyanyuk, saya tidak tahu kes yang dihadapi oleh opah. Saat itu, Opah tidur
beralaskan lantai, aku tak mampu melihat. Hanya doa yang mampu aku kirimkan. Dengan
secara automatiknya aku tiba-tiba teringatkan arwah opah pihak sebelah abah
aku. Hmm. Aku terus melangkah longlai masuk kebilik dan tidur dalam keadaan hiba.
Sungguh. Rindu dan sayang makin membara di dalam hati ini. Akan aku gunakan
peluang yang ada untuk rapat dengan mereka semua.
-sekian-
No comments:
Post a Comment