Monday, 17 April 2017

~ENTRY MISS MAI~

16/4/17 (PAGI)

Aktiviti pada pagi ini adalah aktiviti kegemaran ku... iaitu aktiviti "gotong-royong" . Kumpulanku ditugaskan untuk membersihkan rumah orang2 tua yang terletak berhadapan dengan asrama perempuan. Jujurnya, aku tidak boleh tahan dengan bau hancing di rumah itu. Kondisi rumah itu okay bagiku tapi mereka perlu repair tangga dan juga membuang segala barang2 yang tidak diperlukan lagi. Jika ikutkan hati, mahu sahaja aku sewakan lori besar dan buang segala barang2 yang tidak penting dan tidak diperlukan lagi.πŸ˜₯πŸ˜₯ Masuk sahaja rumah itu, aku sinsingkan seluar ku hingga paras buku lali dan mengikat rambutku yang tidak seberapa panjang ini dan mula melaksanakan tugasku. Beberapa perabot telah dialihkan sedikit oleh aku dan Anis bagi memudahkan kerja pembersihan kami. Perkataan pertama yang ku sebut setelah mengalihkan rak kayu adalah "wowwwww... oh my God"... Apa yang ku lihat adalah najis (kencing) kucing yang telah kering di lantai tersebut dan membebaskan bau yang kurang menyenangkan . 😩😩😨😨 Aku apa lagi, terus aku sapu habuk2 yang ada dan mop lantai tersebut. Kurang sikit bau nya. 😡😡 Anis pula mencuci tandas di tingkat atas dan manakala Kartheeni & Ezrin membersihkan lantai yang selebihnya. Usai segalanya di bawah, aku pun menuju ke tingkat atas atas misi membersihkan tingkat atas. πŸ˜ƒπŸ˜ƒ Selesai membersihkannya , aku pun "landing " atas katil (rumah orang2 tua aka rumah penginapan sementara kami). Tidak lama selepas itu, Ain dan Shamin datang untuk memberitahu kami untuk bersiap sedia dengan majlis penutup.πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜ΆπŸ˜Ά

Dr. Arpah dan beberapa sukarelawan pun bergerak untuk membeli barang2 keperluan anak2 PEKEAS dengan menggunakan baki duit yang kami ada. πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜‰πŸ˜‰

No comments:

Post a Comment