~ENTRY MISS MAI~
Assalamualaikum & selamat sejahtera kepada semua pembaca. Alhamdulillah, projek UMBI 16/17 telah pun melabuhkan tirainya pada 16/4,ahad lepas. Di sini , saya akan update serba sedikit tentang perjalanan projek kami selama 2 hari 1 malam yang bertempat di Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur (PEKEAS).
15/4/17 (PAGI)
Okay, kami semua patut berkumpul di foyer D bagi pelajar2 bioinformatik yang menetap di kk12 sebab nak gerak sama2 ke bangunan bioinformatik. Disebabkan malam sebelumnya kami pergi "mengeteh" & balik je dari "mengeteh" aku pergi cuci rambut (tu lah gatal sangat tangan tu)😠, langsung aku tak boleh tidur. Aku tidur pukul 4 pagi... Nasib Shamin & Fatin dtg bilik kejutkan. Kalau tak memang kena tinggal. Setelah aku tiba di foyer D kk12, kami pun bergerak.
Setelah tiba di bangunan bioinformatik, kami pun kumpulkan semua barang untuk dibawa ke sini. Para sukarelawan juga tiba tepat pada masanya. Beberapa sukarelawan pergi ke PEKEAS dengan menaiki grabcar. Mereka pergi terlebih dahulu dengan barang2 kami.
Manakala sukarelawan iaitu kawan-kawan Adlina pergi ke destinasi tersebut dengan menaiki kenderaan mereka sendiri. Manakala kami (pelajar2 tahun pertama bioinformatik) dan juga Dr. Arpah pergi dengan menaiki van ISB. Perjalanan kami agak berliku sedikit. hahaha... Driver van bawa dengan lajunya ditambah dengan keadaan jalan raya yang baru sahaja dibaiki. Hampir melayang nyawa ku ini. 💢💢
Setibanya kami di sana, Dr Arpah , aku (miss mai😋) , 2 orang sukarelawan perempuan (adibah & ezrin) bersiap sedia ke pasar ditemani salah seorang anak PEKEAS. Setelah tiba di sana, bermulanya ke'blurrr'an aku. Aku ter'sangat' lah konfius. Sebabnya selama ini aku teman mak aku pergi pasar, aku melencong ke tempat lain iaitu aku pergi kat bahagian keropok aka jajan aka syurgaku. Sejujurnya , aku lupa akan rupa sayur bayam.😓😓 Nasib ada Dr. Arpah & Adibah & Ezrin, kalau tidak.... Habis aku... Tak makan lah semua orang disebabkan aku.
-to be continued-
No comments:
Post a Comment