Bismillah ....(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera 😃
Hari kedua saya serta adik- adik di rumah PEKEAS bermula dengan aktiviti qiamulail. Alhamdulillah, adik- adik perempuan di rumah tersebut sangatlah mudah untuk dikejut dan dibangunkan. Hampir 45 minit jugalah menuggu kedatangan abang- abang fasi serta adik- adik lelaki, kami memulakan aktiviti qiamulail pada pagi tersebut dengan solat tahajjud disusuli dengan solat taubat, solat hajat dan seterusnya solat witir. Usai mengerjakan aktiviti qiamulail, adik- adik diberikan masa setengah jam untuk berehat dan melelapkan mata sebentar sebelum berkumandangnya solat subuh. Saya hairan dan tertanya- tanya, tidak penatkah adik- adik ini, mereka masih lagi bersemangat waja walaupun bangun di awal pagi & tidur lewat pada hari sebelumnya. Saya serta sahabat saya, Ain sudah pun terkulai layu melihat telatah serta gelagat adik- adik ini di awal pagi (masih terdengar teriakan cengkerik berbunyi krik...krik....)
![]() |
Berebut- rebut nak baring dekat riba akak Ain |
![]() |
Usop ni penyayang orangnya walaupun suka bergurau |
Setelah selesai solat subuh, kami pun membenarkan adik- adik lelaki untuk pulang ke asrama bagi mempersiapkan diri & diminta untuk berkumpul tepat pada pukul 7 untuk aktiviti senamrobik. Malangnya, mereka berkemungkinan masih penat disebabkan aktivti qiamulail yang dijalankan. Oleh itu, kami terpaksa menangguh aktiviti senamrobik. Tepat pada pukul 8 pagi, hidangan sarapan pagi pun siap. Tinggal hampir 40 minit sebelum jam menujukkan tepat pada pukul 9 pagi. Sahabat saya, Ikram & Amirul memberi cadangan 'last minute' untuk menjalankan aktiviti senamrobik bagi mengisi masa terluang tersebut.
Setelah itu, aktiviti gotong- royong dijalankan setelah diberi penerangan tentang pembahagian kumpulan & tugas- tugas yang perlu dilaksanakan. Mereka diberi masa selama 3 jam untuk membersihkan kawasan yang telah ditetapkan. Alhamdulillah walaupun pada hakikatnya sukar kami mengawal adik- adik yang umurnya masih belum boleh memahami & membantu, tetapi disebabkan oleh kuasa 'sticker' (pemenang dikira berdasarkan jumlah 'sticker' yang dikumpul) & ketegasan Akak Ed, mereka akhirnya dapat serba sedikit memberikan kerjasama yang kami perlukan. Selesai aktiviti gotong- royong, aktiviti rakit menggunakan straw dikendalikan oleh Adlina serta makan tengah hari pun sedia terhidang. Mereka dibenarkan untuk memperisiapkan diri dan melaksanakan solat zuhur secara berjemaah sebelum bermulanya majlis penutup pada pukul 3.30 petang.
Aktiviti yang seterusnya, InshaAllah akan disambung dalam post yang akan datang,
Sekian.
No comments:
Post a Comment