15/4/17 (MALAM)
SAMB.... So, aktiviti kami pada waktu malam adalah persediaan fashion show . Tapi sebelum itu, anak2 PEKEAS diminta untuk menunaikan solat fardu Maghrib & Isya' serta mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Amirul . Mereka semua sangat fokus dan menumpukan perhatian dalam mendengar tazkirah tersebut. Mereka juga berebut-rebut untuk menjawab soalan yang diajukan oleh Amirul. Terima kasih adik2 PEKEAS . 😍😍
Setelah menjamu selera yang disediakan oleh Mak Andak, Kak Shima, Anis, Shamin dan juga Mai(nak juga masuk aku ni😝😝) hahaha..., kami meneruskan aktiviti kami . Kami diminta untuk mereka / mencipta pakaian yang bertemakan "pahlawan pada masa hadapan". Aku & Anis dengan lajunya mencari idea di internet. Aku & Anis memerah otak menyiapkan pakaian yang ada jetpack+api(dengan bantuan Dr Arpah) dan ahli2 WINNER yang lain ditugaskan untuk menyiapkan lagi satu pakaian mengikut kreativiti masing2. Semua rekaan kami adalah diperbuat dari bahan2 kitar semula misalnya surat khabar & botol air. REDUCE,REUSE&RECYCLE.(p/s: aku pun join projek recycle)
Setelah selesai menyempurnakan tugas kami, kami pun bersurai. Walaupun begitu kru2 bioinformatik (pelajar2 bioinformatik) harus berkumpul bagi sesi post mortem. Apa yang kami bincangkan adalah mengenai bajet kami. Kami bersetuju untuk membeli barang2 keperluan anak2 PEKEAS, terutama barang2 mandi 7 makanan. Habis sahaja post mortem, aku pun menuju ke katil dan menutup mataku untuk tidur. 😆😆
No comments:
Post a Comment