Day 2 (16 April 2017)
Assalamualaikum semua hehehe...
Alhamdulillah dah masuk hari kedua kami semua dekat rumah anak yatim Pekeas. kami mulakan pagi itu dengan aktiviti senamrobik. Haha tapi
kami hanya mampu buat selama dua puluh minit sahaja, sebab kami terlalu lambat
memulakan acara disebabkan kanak-kanak ambil masa yang panjang untuk berehat. Tetapi
sebenarnya adik-adik tak penat pun. Yang terasa bahang penatnya ialah kami
semua, sampaikan ada yang bangun lewat dan dikejutkan oleh Dr.Arpah. hehe, nak
tahu apa reaksi adik-adik ketika aktivitik berlansung J
haha, mereka tak pernah menunjukkan reaksi yang mereka bosan dengan kami, malah
mereka semua semakin hyper, saya juga berasa agak terkejut dengan adik-adik ni,
sambil berkata dalam hati “tak kenal erti penat ke dik oi’? ;D tapi, betul saya
rasa sangat kagum dengan adik-adik ni, diorang semua tak pernah merungut malah
selalu memberi kami semua sokongan untuk meneruskan program. Saat itu, hati
saya dah mula berasa sebak untuk berpisah dengan mereka tapi apa kan daya,
perpisahan pasti ada.
Selepas aktiviti senamrobik kitorang teruskan dengan aktiviti gotong-royong bersihkan halaman rumah..selesai semuanya kami teruskan dengan persiapan majlis penutup...
Berat hati ini bila masa nak berpisah dengan diorang semakin hampir hurmm...
Alhamdulillah, di majlis penutup kami sediakan Kfc ,pulut kuning dengan rendang daging,cupcake dan macam-macam lagi...terpamer wajah kegembiraan adik²...Kami pon rasa teruja dan brrsyukur sebab dapat mengendalikan aktiviti dengan sebaik yang mungkin....
Setelah separuh hari berpenat lelah, maka
sampai lah ke penghujungnya. Hati siapa yang tidak sedih apabila kami semua
bakal menamatkan hari tersebut. Majlis penutup yang kami adakan hanyalah
kecil-kecilan sahaja, tidak lupa juga pertunjukkan fashion show dari adik-adik
yang comel dan mencuit hati kami semua. Kami semua menghidangkan KFC, cupcake,
pulut kuning, meriah kan. Bersyukur sangat dapat happy kan mereka semua pada
hari tersebut. Tetapi, kami semua dikejutkan dengan persembahan yang memukau
dari adik-adik ni. Hati siapa yang tidak
sayu apabila mendengar setiap luahan yang diungkapkan menerusi lagu ‘baik-baik sayang’
dan juga ‘orang bilang’ yang dinyanyikan oleh kumpulan wali band. Memang saat
itu, masing-masing dibanjiri airmata yang laju mengalir di pipi termasuk juga
aku. Aku dapat rasakan, mereka semua inginkan perhatian yang lebih daripada
seseorang insan yang tersayang, terutamanya ibubapa mereka, tapi apa kan daya.
Allah
telah tentukan takdir hidup kita semua, yang perlu kita lakukan hanyalah
menuruti segala perintahnya dengan hati yang redha dan tenang, kerana setiap
yang berlaku pasti ada hikmahnya. Seusai persembahan dari mereka, tiba-tiba
hujan lebat melanda, seolah-seolah hujan pun turut bersedih akan situasi yang berlaku
tadi. Hati semakin sayang, terasa berat hati nak meninggalkan adik-adik nih. Ramai
yang bersuara untuk kami semua tinggal lagi semalam disana. tapi saya memberi
mereka harapan bahawa saya akan melawat lagi mereka, dan tidak akan sesekali
akan kulupakan kalian semua. Maka hari tersebut berakhir dengan hujan yang
lebat bagaikan menangisi perpisahan kami semua.
Hanya Allah yang tahu bagaimana sebak yang kami lalui memang JM membuatkan kami semua ada pengalaman baru...terharu dapat lalui saat yang manis dan tak akam dilupakan sampai bila-bila...InsyAllah..rasa macam nak lagi handle program macam nih..hehehe..
Alhamdulillah selesai...
#PEKEASDIHATI
No comments:
Post a Comment