~ENTRY MISS MAI~
16/4/17 (PETANG)
(SAMB; MAAF tak berapa sihat sangat ni..😓😓)
Akhirnya, setelah selesai membersihkan diri & menyarung baju projek UMBI 16/17, kami pun bersiap sedia dengan majlis penutup. Kami terpaksa mengubah majlis penutup tersebut dari tidak formal ke semi-formal atas sebab2 tertentu. Majlis dimulakan dengan ucapan, persembahan fashion show dan diakhiri dengan persembahan 'surprise' dari anak2 PEKEAS. Mereka menyampaikan 2 buah lagu, dan 2 buah lagu tersebut telah membuatkan ku rasa sebak dan tak dapat menahan diriku mengalirkan air mata. Perassan yang amat sedih dan meruntun jiwa. Tatkala aku selalu mengadu bahawa itu ini tidak cukup, aku lupa bahawa masih ada ramai orang lagi yang mengimpikan kehidupanku. Melalui lirik2 lagu yang mereka nyanyikan, aku dapat merasakan (walaupun tidak sepenuhnya) bahawa mereka rindu dan inginkan sebuah keluarga yang sempurna. Mereka rindu akan belaian kasih sayang ibu bapa mereka. Betapa mereka tabah dan kuat mengharungi dugaan dan ujian yang diatur oleh Allah SWT untuk mereka. Aku amat malu akan diriku kerana membazirkan kasih sayang yang diberikan oleh ibuku untukku. InShaaAllah adik-adikku, mulai saat dan detik ini, aku akan menghargai setiap orang yang berada di sampingku, terutama sekali orang yang telah mengandungkanku selama 9 bulan, iaitu orang yang ku gelar IBU.... (ps: Ibu, adik nak balik......💔💔)
No comments:
Post a Comment