~ENTRY MISS MAI~
16/4/17 (TENGAH HARI)
Usai sahaja dengan aktiviti gotong royong yang memenatkan, kami meneruskan aktiviti kami iaitu mereka cipta rakit dari straw . huhuhu... Aktiviti ini amat mencabar minda dan akalku dan juga memerlukan pengetahuan sains. Disebabkan kumpula WINNER ku ini amat suka bergaduh sesama mereka, aku telah pun mencuri barang amanat mereka tanpa pengetahuan mereka. 😝😝😜😜. Bila mereka tahu sahaja barang amanat (cokolat je) mereka hilang dari radar (gituwww), cuak mereka mencari nya. Hahaha... Niat ku adalah ingin mereka bersatu menyelesaikan tugas & masalah.
p/s: WINNER dapat tempat ke 2
Selesai sahaja aktiviti tersebut, kami mengedarkan baju projek UMBI (untuk dipakai ketika majlis penutupan) kepada anak2 & staf2 PEKEAS dan meminta mereka untuk makan dan memnunaikan solat Zuhur serta meminta mereka untuk berkumpul pada pukul 2.30 ptg.
Manakala kami pulang untuk mandi dan menukar baju, dan seperti biasa , akibat keaktifan aku, aku terlena sebentar. Setelah menyegarkan diriku, aku pun dengan bangga menyarungkan baju merah menyala projek UMBI dan bersedia untuk majlis penutup.
No comments:
Post a Comment