~ENTRY MISS MAI~
15/4/17(PAGI)
Pulang sahaja dari pasar , kami meletakkan barang-barang tersebut, terus kami bergerak ke KFC untuk membuat tempahan. Disebabkan tidak bergitu 'familiar' dengan tempat di situ, kami telah sesat sebanyak 5 kali (atau mungkin lebih dari 5)😆😆... Setibanya di KFC, kami telah tempah sebanyak 5o set snack plate. Setelah membuat pembayaran , kami pulang ke rumah PEKEAS.😉😉
Tibanya di PEKEAS, aku pun menjalankan tanggungjawab aku sebagai ketua fasilitator kumpulan 4 (yang diberi nama 'WINNER'). Asalnya aku nak namakan kumpulan kami dengan nama 'BLACKJACK'. Tapi disebabkan semua setuju dengan nama WINNER, aku pun ikut je, asalkan kumpulan kami menang. Misi kumpulan aku adalah "harus menang dengan menggunakan cara yang adil&betul"... Gitu misi kami... Anis & Amirul juga merupakan fasi bagi kumpulan WINNER. Tapi, aku rasa dalam kalangan fasi ,aku yang terlebih lincah rasanya.😏😏 Punyalah aktif samapi sakit tekak aku menjerit & memberi sokongan kepada ahli2 kumpulan WINNER.
15/4/17 (PETANG)
Setelah selesai sesi aktiviti pada waktu pagi serta menjamu selera pada waktu tengah hari, kami pun meneruskan aktiviti pada sebelah petang. Aktiviti yang paling aku suka iaitu aktiviti ikan terbang dan bingo ping pong dan shake your body. hahahaha... Aku bab2 main ni memang aku suka... Laju je ... Alhamdulillah ahli2 WINNER melakukannya dengan begitu baik&cemerlang sekali. Thumbs up👍👍 untuk ahli 2 WINNER. hahaha... Maaflah kakak fasi kamu yang sorang ni (miss mai) terlebih aktif. Rasa syok sangat dapat bermain dengan mereka walaupun mereka ni suka sangat bergaduh ... Tapi, semua masih dalam keadaan terkawal. 😀😀
No comments:
Post a Comment