Assalamualaikum...
Alhamdulillah....Setelah pulang
ke kolej kediaman, pelbagai perasaan menghantui diri ini sehinggakan aku
menangis apabila melihat kembali video yang kami rakamkan bersama-sama
adik-adik tersayang. Perasaan rindu sudah mula bertapak dihati,
tangis,riang,dan pelbagai kerenah adik-adik masih lagi terngiang-ngiang dan
terbayang.
Sungguh akak rindu korang semua dik. Malam itu, baru aku ingat aku ada
terima sepucuk surat daripada seorang adik manis, aku buka dan aku baca. Airmata
bergenang lagi dengan setiap bait kata-kata yang diluahkan oleh adik tersebut. Aku
simpan surat yang sangat berharga tu didalam bantal. Aku seorang diri melayani
perasan, terbayang setiap perbuatan yang dilakukan oleh adik-adik semasa
aktiviti berjalan. Akan ku cari masa untuk berjumpa lagi dengan adik-adik di
sana. Walaupun sesetengah rakanku memberitahu yang mereka serik untuk kembali
ke sana, tetapi aku tak pernah sesekali rasa perasaan sebegitu.
Hadirnya
mereka semua sudah aku anggap sebagai adik-adik aku, takkan pernah aku lupakan
mereka. Aku berharap apabila aku sudah bekerjaya, orang yang aku akan bantu
selain family adalah anak-anak yatim. Itu salah satu azam aku semenjak aku
dibangku tadika. insyAllah. Mungkin ini salah satu sebab kenapa Allah bagi aku
belajar sampai kesini. Alhamdulillah.
Konklusinya, subjek jalinan masyarakat ni dapat mewujudkan pengalaman baru untuk setiap individu dan merapatkan hubungan silaturrahim sesama manusia Alhamdulillah...
Ku rasakan kasihmu padaku dik
Setiap kali ku melangkahkan kakiku
Kau menangis tak tertahan melepasku
Melepas kepergianku yang tak lama
Tangis jeritanmu selalu terngiang dipikiranku
Betapa kau tak mau kehilanganku
Meskipun cuma sebentar
Ku mencintaimu setulus hatiku
Tak pernah tertahan rindu ini padamu
Rindu untuk selalu bersua
Bermesra bersama
LOVE PEKEAS!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment