Thursday, 20 April 2017

Harinya telah tiba
Bismillah ....(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera 😃


Bertarikh 15 April 2017, hari pertama, hari yang ditunggu- tunggu akhirnya berkunjung tiba. Pelbagai perasaan dan persoalan berlegar- legar di fikiran. Adakah aktivti yang kami rancang bakal mendapat sambutan dan memberikan manfaat kepada mereka?. Bak kata orang, belum cuba belum tahu. 

Pada hari pertama tiba di rumah tersebut bersama dengan rakan seperjuangan yang lain, kami di sambut mesra dan meriah oleh anak- anak yang berada di situ. Bertubi- tubi soalan dan pertanyaan diajukan kepada saya serta rakan- rakan tentang tujuan serta kehadiran kami di rumah tersebut. Saya menyangka bahawa anak- anak yang berada di situ merupakan individu pasif sifatnya. Tetapi sangkaan saya meleset sama sekali, mereka merupakan anak- anak yang sangat aktif dan tinggi sifat berdaya saing. 

Disebabkan oleh sifat mereka yang terlalu aktif, sukar untuk saya mengawal keadaan bagi memberi ruang kepada saya serta rakan- rakan untuk memberi taklimat yang berkaitan dengan aktiviti sepanjang 2 hari program berlangsung 😌😌. Dengan bantuan daripada salah seorang sukarelawan, beliau berjaya membantu saya mengawal keadaan di situ 😊😊. Aktiviti yang pertama pada hari tersebut ialah sesi ice- breaking. Saya bersama dengan Kartheeni, Ezrin dan Ikram merupakan fasi bagi kumpulan ke-3 yang terdiri daripada Aizad, Usop, Aleeya, Ameera, Kauthar & beberapa orang lagi ahli yang saya lupa namanya. Sesi ice- breaking tersebut memerlukan setiap kumpulan untuk memilih ketua, mereka & mencipta nama, logo serta 'cheers'. Setelah itu, setiap kumpulan perlu membentangkan segala apa yang telah dibincangkan. Mereka memanggil saya serta rakan- rakan menggunakan panggilan abang atau kakak. Saya cuba membantu mereka dengan memberikan idea- idea yang bernas untuk mereka gunakan dalam aktiviti tersebut. Kumpulan saya diberi nama STRONG!!! 💪💪💪

STRONG!!!! 💪💪💪
Sama- sama naik, sama- sama turun!!

Aizad, ketua kumpulan STRONG!!!!


Setelah selesai aktiviti tersebut,

Terpampang keterujaan di riak wajah mereka untuk menjalankan aktiviti yang seterusnya bersama kami. Beralih pula kepada sebelah petangnya yang mana aktiviti seperti sukaneka dan riadah. Antaranya, ikan terbang, 'Shake your body' & ping pong bingo. Alhamdulillah, bukan sahaja adik- adik yang berseronok di situ bahkan, abang- abang serta kakak- kakak fasi pun teruja hendak melibatkan diri dalam permainan tersebut. 

Shake it off!!

TIUP! TIUP! TIUP! CEPATLAH!!!!!!!!!!
EXCITEDNYA Akak Mai!!!!

Lihatlah gelagat fasi

Alhamdulillah aktiviti pada petang tersebut berakhir dengan sempurna. Saya berasa amat bersyukur dan gembira melihat senyuman yang terukir di wajah mereka selepas aktiviti tersebut berakhir. 

Aktiviti seterusnya bermula pada sebelah malam. Usai adik- adik serta fasi mengerjakan solat maghrib secara berjemaah, rakan saya Mohd Amirul memberikan tazkirahnya yang bertajuk 'Keagungan Allah'. Pendekatan yang digunakan sangat menarik, penuh dengan gelak ketawa tetapi masih ada pengisian dalam setiap butir bicaranya. Selesai menunaikan solat maghrib & isyak, aktiviti diteruskan lagi dengan persediaan 'Fashion Show' untuk majlis penutup yang bertemakan pahlawan pada masa hadapan. 

Berbaju hijau itulah... Abang Amirul
Murah dengan senyuman Aqish ni
Persiapan Fashion Show
Alhamdulillah segala aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar dan teratur. Saya berasa seronok teruja dan bersyukur dapat bersama- sama berkongsi dan memberi idea kepada adik- adik di rumah PEKEAS. Semua aktiviti ditangguhkan tepat pada pukul 12 tengah malam bagi memberikan ruang kepada fasi serta adik- adik untuk berehat bagi menjalankan aktiviti seterusnya yang akan bermula pada pukul 4.00 pagi keesokan harinya. 

(15 April 2017, Sabtu)

No comments:

Post a Comment