Wednesday, 26 April 2017

From Love To Care - The First Day - by Adlina Affian


Assalamualaikum and selamat petang semua... Hai 👋👋 dah nak dua minggu projek UMBI telah tamat berlangsung.. tapi saya masih lagi tak update apa yang jadi pada saya sepanjang first day tempoh hari. Dapat update pun untuk separuh hari. Jadi, kali ni saya akan cerita dari awal hari kami bermula sehingga lah kami tidur.

Jadi , sebaik sahaja kami tiba di rumah PEKEAS  , seperti yang saya dah bagitahu hari tu, kehadiran kami disambut dengan begitu meriah sekali. Adik-adik datang dan salam kami, tanya dari mana apa semua , siap ada yang bawakan beg-beg naik kebilik lagi.(time tu rasa macam.."eh baiknya") Siap escort ke toilet 4,5 orang hanya kerana ke-excite-tan mereka menerima akak-akak dan abang-abang dari Universiti Malaya ni (ada juga sukarelawan dari universiti yang lain) .👦👦. Mula-mula tu memang rasa wow.. hurm... baguslah dorang ok semua.

NAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH 💢💢💢💢

Sesi 1 Bermula :-

😌 Ice breaking 😌
Masa ni , ha baru tahu betapa aktifnya budak-budak ni.... Bercakap je tak berhenti-henti. SAmpai kena tinggikan suara lagi ha (tinggi bukan maksud marah but, kuatkan suara bagi melawan kekuatan suara mereka). Siap ada tepuk senyap lagi supya adik-adik dapat beri peluang pada kami untuk start aktiviti..... Ok, then teruskan dengan sesi perkenalan oleh kami dan para sukarelawan. Kami pun mulai dengan " hai ni akak....., panggil apa ?" dan alhamdulilah mereka ingat nama-nama kami walaupun adalah sorang dua yang tak ingat tapi 98% adik-adik ini ingat. haaaa








baiklah , kita sambung... selepas sesi suai kenal ni, kami bahagikan adik-adik ini mengikut kumpulan masing-masing untuk sesi "ice breaking kumpulan" serta gerak kerja kumpulan di mana adik-adik ini perlu mencipta nama, logo dan cheers kumpulan masing-masing. Di sini, dapatlah lihat beberapa kemahiran yang adik-adik ini ada. Memandangkan saya seorang observer, jadi saya perhati sahaja lah sikap dan kretiviti mereka.. Dari kumpulan saya sendiri, saya dapat lihat, ada yang jenis malu-malu macam kucing even dia lelaki 👳 , ada yang wow macam berkaliber sangat tau jadi ketua..hah yang ni nampaklah sebab dia yang paling tua. Ok, saya pun tak tahu mengapa, pasukan saya ni hurm mereka ni hurm jenis yang suka benda yang nampak gah tapi at the same time nak kan ketelitian.,Macam mana nak explain pun tak tahu tapi disebabkan ketelitian yang melampau mereka ni, menjadikan kumpulan saya sedikit lambat dalam menyiapkan tugasan haaaaaa 🙇🙇🙇🙇. Tapi takpalah, kita terima je.. Nak love to care kan. ( btw mesti pelik kenapa from LOVE to CARE 😼)









Lupa nak beritahu, setiap kumpulan yang kreatif, dan bersemangat ( tapi semua bersemangat ) akan diberikan sticker yang melambangkan markah kumpulan masing-masing bagi menentukan pemenang di akhir program ✌✌




Seusai, aktiviti ini , habis.. kami pun berehat sebentar bagi kumpul tenaga untuk aktiviti seterusnya pula.... Sambil-sambil berehat, kami teruskan lagi dengan berkenalan dengan adik-adik disini. Disini, saya dapat lihat ada diantara mereka yang macam kurang kasih sayang, sebab tidak hairanlah ada adik-adik disini yang membuat "drama" tertentu untuk meraih perhatian itu. Jadi, kita layankan sahaja mereka ❤❤❤❤❤. Sebelum makan, kami menunaikan solat zohor terlebih dahulu yang diketuai oleh saudara Amirul 





bersambung di entry seterusnya























No comments:

Post a Comment