Bismillah ....(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera 😃
Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi diberi peluang sekali lagi untuk berkongsi coretan dan pengalaman bersama dengan para pembaca. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, kerinduan yang saya alami tidak akan pernah pudar dari dalam hati. Walaupun jauh di mata tetapi dekat di hati. Itulah kata orang tua- tua.
Diberi peluang untuk bersama mereka merupakan satu pengalaman yang paling indah dan terbaik dalam hidup saya. Hati, perasaan dan diri umpama telah berada lama dan masih di rumah PEKEAS. Mungkin bagi saya, inilah salah satu perkara yang mampu memberi kepuasan kepada diri. Kepuasan melihat senyuman yang terukir tatkala mereka seronok menjalankan aktiviti bersama kami. (ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ RINDUUU!!!!!). ALLAH sahaja yang tahu betapa rindunya kak Fatin terhadap adik- adik di rumah tersebut. Tingginya rahmat ALLAH, melalui program yang dianjurkan ini, ianya mampu mengajar saya untuk sentiasa berasa bersyukur dan bersabar dengan apa jua nikmat dan dugaan yang telah diberikan. Secara tidak langsung, saya merasakan bahawa saya bertanggungjawab untuk sentiasa mengambil berat tentang keadaan adik- adik dirumah tersebut.
Jutaan dan ribuan terima kasih saya dahulukan kepada Encik Adlan selaku wakil pihak rumah PEKEAS yang sentiasa berusaha memberikan bantuan dan kerjasama sepanjang perancangan dan pelaksanaan program tersebut. Ucapan terima kasih dan setinggi- tinggi penghargaan ingin saya dahulukan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Terima kasih kepada Kak Shima, Mak Andak dan para sukarelawan (Ikram, Amirul, Adibah, Ezrin, Luqman dan Syafiq) yang sudi membantu dalam menjayakan program kami ini.
ALHAMDULILLAH, selesai sudah ProjekUMBI 16/17 |
Sekian terima kasih,
Wassalamualaikum w.b.t
No comments:
Post a Comment