Majlis penutupan kali ini agak menarik memandangkan, mereka dihidangkan dengan KFC hahaahahhaaha,mesti mereka excited kan ? Dengan goodies yang banyak hasil tajaan Najib Bakery dan Tip Top Cookies, membuatkan majlis ini nampak lebih menarik . Kehadiran pihak Harian Metro menambahkan lagi keterujan kami melaksanakan projek ini. Tepat jam 3.00 pm , majlis penutupan bermula, Fatin mengambil tugas sebagai emcee, Foo sebagai yang menjaga bahagian hadiah, Anis dan Mai dibahagian makanan, Shamin menguruskan tetamu kehormat juga pihak Harian Metro , Karthee menguruskan acara Fashion Show , Ain pula bertanggungjawab menjaga PA sistem dan saya sendiri membantu dalam memastikan kelancaran majlis penutupan semasa itu.
Persediaan majlis penutupan
Persiapan Fashion Show :- semua design ini telah disiapkan pada malam hari pertama kih kih kih. Kreatif bukan adik-adik ini ?
Majlis Penutupan Bermula :-
Alhamdulilah, selesai sudah majlis penutupan Projek UMBI sesi 2016/2017 ini. Sebelum kami mengakhiri majlis ini, satu persembahan menyentuh hati telah dipersembahkan kepada kami oleh adik-adik ini. Satu persembahan yang tidak dijangka, dan ia sangat menyentuh hati. Mengalir juga air mata ini saat melihat persembahan mereka. Sejujurnya terasa seperti sebak ingin meninggalkan mereka, dapat saya rasakan titik dan bibit kasih serta sayang terhadap mereka telah tertanam dihati ini. Sedikit sebanyak hati ini terdetik dan terasa yang mereka masih lagi ingin menghabiskan masa mereka bersama kami, terasa seperti mereka tidak mahu melepaskan kami pergi pulang dari Rumah tersebut. Yang menyentuh lagi hati ini adalah, saat mereka berebut-rebut mendapatkan tag nama kepunyaan kami, ada yang merajuk sebab tak dapat tag pun ada. Tandatangan kami pun mereka inginkan sebab bagi mereka, itu semua kenangan yang mereka dapat simpan atas kehadiran kami kesana. So, akhirnya habis jua Projek UMBI ini selama 2 hari 1 malam. Pelbagai suka, duka, dan pengalaman yang telah kami cipta disini. 😙
💌 Lot Of Love 💌
Adlina Affian
No comments:
Post a Comment