Bismillah ....(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera 😃
Setelah beberapa minggu berlalu meninggalkan kenangan yang cukup mendalam dan senantiasa terpahat di dalam hati. Kerinduan pun mula berbisik. Fikiran melayang memikirkan keadaan adik- adik di rumah tersebut, "Sihatkah mereka?, Periksa macam mana?, Belajar macam mana?". KeRINDUanya sehingga membuatkan saya terbawa- bawa dalam mimpi 😆😆😆. Alangkah seronoknya kalau dapat berjumpa sekali lagi.
Rancangan untuk melawat adik- adik di rumah tersebut bukan hanya sekadar angan- angan. Pada hari Sabtu 6/05/2017, saya dan Anis meneruskan perjalanan jauh ke Bandar Tasik Puteri, Rawang untuk melihat dan melawat keadaan adik- adik disana. Walaupun hanya kami berdua sahaja, perasaan dan semangat perlu kuat. Pelbagai persiadaan yang telah kami lakukan sebelum tiba hari lawatan tersebut. Berbekalkan dengan dana serta duit lebih yang masih tidak digunakan. Saya dan Anis membuat perancangan untk membelikan peralatan alat tulis untuk diberikan kepada mereka memandangkan musim peperiksaan kian menjelma. Sewaktu memilih peralatan alat tulis yang sesuai, "Macam mana mereka belajar?, Peralatan ini ada tak?, Yang mana sesuai?" dan pelbagai lagi persoalan yang dilontarkan saya kepada Anis. Naik rimas Anis mendengarnya. Sewaktu itu saya sedar bahawa terlalu beruntung diri ini dengan segala nikmat yang ada.
Kami bergerak dari Universiti Malaya tepat pukul 10.30 pagi dengan harapan akan sampai ke Rawang pada pukul 11.00 pagi. Hal ini kerana, kehadiran saya dan Anis telah pun dinantikan oleh adik- adik di rumah tersebut sambil mengenakan pakaian t-shirt merah yang kami sediakan sewaktu ProjekUMBI. Perkara yang paling membuatkan saya terharu adalah kehadiran kami tetap di sambut meriah, girang dan gembira walaupun hanya kami berdua. Adik- adik di rumah tersebut datang memeluk seorang demi seorang dan senantiasa bertanyakan tentang keadaan abang- abang serta kakak- kakak yang lain. Saya hanya mampu tersenyum dan menyatakan bahawa mereka sangatlah sibuk dan terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan.
Setelah mereka bertenang, baru setelah itu saya menunjukkan hadiah dan kejutan yang kami sediakan. Walaupun ianya tidak seberapa, hadiah tersebut mampu menjadikan mereka gembira dan teruja. Bahkan ada diantara mereka yang menyatakan bahawa "Akak ni macam tahu- tahu je yang saya perlukan pen". YA ALLAH rasa terharu, sedih, seronok serta bercampur baur perasaan ini ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜. Kehadiran kami umpama rahmat ALLAH bagi mereka.
![]() |
Selama 5 jam melayan kerenah adik- adik dirumah tersebut, terus terang saya katakan, penat (opss!!, sabar- sabar bukan merungut) 😅😅😅. Akan tetapi penat saya rasakan itu sangatlah seronok dan berbaloi. Senyuman kegembiraan yang mereka ukirkan memberi tenaga kepada kami (saya dan Anis). Kami menghabiskan masa mengajar adik- adik sekolah menengah dan rendah berkaitan mata pelajaran mahupun kerja sekolah yang sukar untuk mereka fahami.
Akhirnya kami bertolak pulang pada pukul 4 petang, rasa sayu dan berat...hati ini. Kepulangan kami dihujani dengan pelukan dan lambaian pemergiaan. Terngiang- ngiang luahan hati dan perasaan mereka yang sentiasa berdoa agar dapat dipertemukan dengan abang dan kakak fasi pada masa akan datang. In Sha Allah akan akak Fatin usahakan.
Wassalamualaikum w.b.t
No comments:
Post a Comment