~ENTRY MISS MAI~
Di sini aku ingin menyampaikan rasa jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyempurnakan projek UMBI 16/17. Tanpa anda, siapalah aku... Heheheππ Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada :
1) Dr. Arpah- yang banyak membimbing dan memberi nasihat
2) Shamin- selaku pengarah projek yang selalu melayan dan redha dengan perangai aku yang
kadang2 betul kadang2 tak betul
3) Fatin- selaku setiausaha, aku banyak menyusahkan dia ππ
4) Kartheeni- selaku bendahari dan juga orang yang selalu 'meroyan' dengan aku
5) Anis- tempat aku luahkan suka duka ku
6) Ain- selaku ketua biro multimedia yang telah mencipta baju projek UMBI (aku tengah pakai baju
tu semasa entri ini ditulis) dan juga banyak yang telah dia lakukan demi menjayakan projek
ini.
7) Adlina- yang selalu kelam kabut ketika meeting. Suka pula aku tengok dia.ππ Walaupun begitu, banyak tajaan yang dia dapatkan.
8) Foo- yang telah menjayakan aktiviti2 projek UMBI
9) Para sukarelawan-yang sangat 'supportive' dan aktif dan rajin dan baik
Aku juga ingin berterima kasih kepada pihak PEKEAS yang memberikan kami peluang untuk menjayakan projek ini sehingga masuk surat khabar METRO ....
Begitu juga kepada adik-adik PEKEAS yang telah menyertai projek kami dan memberi feedback yang sangat2 baik serta banyak mengajar aku. Terutama mengajar aku erti bersyukur, bersyukur dengan apa yang aku ada dan miliki. Mereka juga ajarkan aku erti menghargai, menghargai orang di sekeliling kami terutama sekali ibu bapa. Mereka juga ajarkan aku erti tolong menolong.
Terima kasih semua, tanpa anda, projek ini tidak dapat berjalan dengan lancar dan berjaya.
p/s: Aku akan ingat memori2 dan kenangan manis yang aku peroleh dari projek ini sampai bila2.ππππ
No comments:
Post a Comment