Tuesday, 23 May 2017

LOVE adik-adik PEKEAS!!

Bismillahirahmanirrahim..

 Assalamualaikum,



     Alhamdulillah, sekali lagi Allah beri aku peluang untuk berjumpa dengan adik-adik tersayang. kali ini, hanya aku berdua bersama rakan karibku Fatin pergi melawat mereka, disebabkan rasa rindu terhadap mereka yang menghantui diri kami berdua, sungguh. aku dah anggap mereka semua macam adik-adik, sebahagian dari keluarga aku. saat kami tiba disana, dari jauh aku dapat lihat wajah kegembiraan mereka semua. rasa terubat rindu yang membara, seperti menyirami air ke atas kayu bara yang membahang.
      Sesampai di muka  pintu, mereka semua sedang membuat sesi latihan nasyid untuk majlis pada bulan puasa nanti. ALHAMDULILLAH. Rezeki adik-adik ni murah. Aku dan Atin hadir dengan tangan yang berisi, berkat duit lebihan daripada insan dermawan yang lagi mulia. Kami dapat menghadiahkan adik-adik set alas tulis, disebabkan masing-masing sudah hampir dengan bulan peperiksaan. 
     Saat itu, aku nampak riak wajah riang adik-adik PEKEAS. Ya Allah, aku bersyukur sangat dapat berjumpa dengan mereka semua lagi. Tetapi, aku diberitahu dengan satu berita yang mengejutkan. Salah seorang adik telah terlibat dalam kemalangan semasa pulang dari sekolah. Allahu. Hanya doa yang mampu aku kirimkan sayang. "Semoga cepat sembuh adik Yaakub sayang!"

      Saat aku leka melayani adik-adik, tiba-tiba perasaan ingin tahu tentang punca adik-adik dihantar ke rumah yang mulia ini. Pada mulanya, Atin menanyakan tentang adik-adik sama ada mereka masih mempunyai family lain kepada Mak Andak. Hiba dan sedih aku rasakan, rupa-rupanya kebanyakkan dari mereka adalah senasib dengan keadaan aku. Mereka semua dihantar kesitu disebabkan masalah keluarga iaitu penceraian. Sungguh aku terdiam, dan mengawal segala emosi yang menyerang. Sedangkan aku ambil masa yang lama untuk menerima hakikat yang berlaku. Ini kan adik-adik yang masih muda. Allah. Macam mana mereka hadapi semua dugaan yang engkau timpakan? Sumpah, aku kagum dengan adik-adik ni. Walaupun mereka masih kecil, tetapi kesabaran dalam diri mereka kuat. Tak seperti aku yang mudah tewas sewaktu dulu.
      Saat mereka hadir dalam hidup aku, aku belajar erti ketabahan dan berdikari. Mana taknya, di seusia kecil begini mereka sudah harus hidup berdikari bergantung pada diri sendiri dan rakan-rakan mereka. Aku hanya mampu doakan yang terbaik untuk adik-adik. Semoga hidupmu sentiasa diberkati Allah sayang-sayang sekalian. "Akak takkan pernah lupakan adik-adik, trust me!"
-Sekian-

No comments:

Post a Comment