Tuesday, 2 May 2017

From Love To Care - Second Day - by Adlina

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua. Maafkan saya kerana kosong je second day ni. Ni semua sebab terdelete everything. Lepastu laptop pula masuk ICU so kena berkampung kat library baru dapat update. Tapi takpa, asalkan update.
Baiklah, untuk hari kedua ni saya akan ceritakan pada semua tentang aktiviti yang kami jalankan sepanjang hari kedua ini.

Aktiviti 1 :- QIAMULAIL

Aktiviti pertama yang kami jalankan pada hari pertama ini adalah qiamulail, Seawal jam 5 pagi saya, Fatin, Ain dan Anis sudah bangun dah bersiap untuk mengejutkan adik-adik ini. Semasa kejutkan mereka, ada yang senang bangun ada juga yang sukar sekali nak bangun, Berkali-kali kejut pun tak bangun juga. Tapi, ada sesuatu yang menyentuh hati saya saat kejutkan mereka ni . Saat mengejutkan mereka, saya terfikir, apa perasaan mereka sewaktu mereka bangun dari tidur mereka, Pasti mereka mengharapkan ibu dan bapa mereka yang kejutkan mereka untuk bangun. Pasti mereka rindu belaian seorang ibu yang lembut mengejutkan mereka. Mereka pasti teringin sekali bangun dan melihat disisi mereka ada ibu dan ayah mereka. Dan saya terkesan apabila berfikiran begitu kerana, saat kita dikejut oleh ibu dan bapa kita, kita masih lagi tak puas hati , mengeluh hatta ada juga yang membebel bila dikejut. Sedang mereka, masih lagi terus mengharap saat-saat inah itu. Ok, dah emosi. Seusai sahaja kejut mereka, kami pun mulakan qiam kami yang diketuai oleh abang Amirul. dan hasilnya....

    
                                     
  

AKTIVITI 2 :- Gotong Royong

Selepas sahaja qiam , kami pun meminta adik-adik ini untuk siapkan diri bagi sarapan pagi dan aktiviti gotong royong.Sebelum kami bergotong royong, bagi memanaskan badan masing-masing , kami mulakan dengan aktiviti zumba yang diketuai oleh abang Amirul juga dibantu abang Ikram. Bukan main adik-adik ni berzumba. Seronok sangat mereka ni 












Baiklah seusai sahaja berzumba ni, kami mulakan aktiviti gotong royong kami, Adik-adik ini kami bahagikan kepada tiga kumpulan sebab..kami akan berkemas di tiga buah rumah. Rumah Perempuan, Rumah Warga Emas dan juga Rumah untuk adik-adik lelaki. So basically , adik-adik lelaki yang besar, kami minta mereka kemaskan rumah lelaki bersama abang amirul dan abang luqman. Yang lain-lain dirumah perempuan dan warga emas. Bersungguh adik-adik ni mengemas tau. Walaupun tidak banyak kekemasan dan kebesihan yang ditonjolkan , namun ada lah sedikit perubahan yang berlaku. Alhamdulilah.


Gigihnya akak ni



Stress ke tu






 

 

Selepas gotong royong haaaa..... semua pun lapar, jadinkami hidangkan mereka Nasi Goreng yang enak dan lazat..... dah habis makan tu, kami dah kehabisan idea nak lakukan aktiviti apa lagi sebab lama pula nak tunggu jam 2 bagi majlis penutupan. Sedang berfikir-fikir tu tercetus lah satu idea yang agak spontan, tak pernah dicuba. Idea nya adlaha, "membina rakit menggunakan straw" Jadi, mengikut kumpulan masing-masing, saya berikan beberapa straw untuk mereka membuat satu rakit yang dapat timbul dan bertahan diatas air selama seminit dengan muatan tiga biji batu. Walaupun mereka kelihatan penat namun, mereka tidak menghampkan langsung tau. Mereka tetap bersemangat menghabiskan tugasan tersebut. 





1 jam 30 minit diberikan kepada setiap kumpulan, pelbagai design yang mereka laksanakan bagi memastikan rakit masing-masing timbul. dan hasilnya adalah seperti :- 


TARA LAWAKAN



Baiklah sekarang masa untuk menguji rakit-rakit mereka. Hasil daripada aktiviti ini, kumpulan satu telah berjaya merangkul tempt pertama kerana hany rakit mereka yang dapat bertahan selama satu minit... Huuuuuuu.. Selesai sahaja aktivit, saya rumuskan apa kelebihan , kekuatan dan kelemahan design rakit masing-masing. Dan dari aktiviti ini dapatlah saya nilai tentang sikap dan pemikiran adik-adik ini, ada yang sukakan benda simple yet, memberi fungsi dan hasil yang baik. Ada juga diantara mereka yang memetingkan kretiviti dan design menarik tetapi tidak memikirkan strategi untuk memastikan ianya berfungsi. Ada juga diantara mereka yang ah ok rakitnya, tetapi malang sekali kerana sedikit kecuaian , rakit mereka akhirnya tenggelam, kerana mereka terlupa itu adalah straw.


Baiklah itu sahaja untuk separuh hari kedua, akan bersmbung di post yang lain tentang Majlis Penutupan Projek UMBI 16/17




No comments:

Post a Comment