Wednesday, 17 May 2017

~ENTRY MISS MAI~

Sebulan telah pun berlalu pergi dan begitu juga dengan projek UMBI 16/17 yang telah pun melabuhkan tirainya pada bulan lepas. Kini, kami membawa haluan masing-masing. (Ecehhhh... lebih je aku). Takdelah, aku gurau ja. Kami masih aktif terutama di 'whatsapp' group volunteer projek UMBI. Kami saling bertukar-tukar pandapat, berkongsi tentang pengalaman dan memori dan tidak lupa juga berkongsi kerinduan kami terhadap adik-adik di PEKEAS. Baru sahaja 2 minggu lepas, Fatin dan Anis telah melawat mereka. Mereka pergi tanpaku. Sebenarnya aku nak sangat ikut, tetapi, sesuatu perkara yang tidak dijangka telah berlaku sehari sebelumnya. Sedih dan hiba sangat hati ku. Tidak lama selepas itu, aku telah mimpikan mereka. Bohonglah jika aku tidak rindukan mereka. Nampak sahaja macam tak rindu, tetapi dalam hati ini siapa yang tahu. Sekarang ini, kami sibuk menguruskan laporan, penulisan reflektif dan presentation kami. Ku ingatkan uruskan benda ini semua senang, tapi hakikatnya penat aku dibuatnya. 😅😅

Hahaha.. kerja aku selepas projek UMBI adalah mengumpulkan serta meng'edit' slides selain daripada menulis laporan dan penulisan reflektif. Memang keluar dari bidang 'logistik'. Namun, aku usahakan juga. heheheh...😁😁



No comments:

Post a Comment