Assalamualaikum and good day to all.
It's been a little over a month since 'ProjekUMBI16/17' took place and on 26/5/2017, we presented our project in front of our lecturers, bioinfo staffs and seniors. I was a nervous wreck and I feel like I could've done better for the presentation but alhamdulillah everything went well. All the eight of us felt like there's nothing that can do us wrong and that we could conquer anything if we're together. I honestly think so too. I'm looking forward to spending the rest of my years in university with them and see how that'll turn out. A big thanks to Dr. Arpah who guided us from the planning stage till the end and bared with our nonsense and childish act. Thanks you Dr. for the invaluable advice as well as experience that you've taught us.
As for the children at PEKEAS, I definitely hope that we'll pay them a visit during Ramadhan or Eid and do more activities that could help them develop their soft skills and maybe also their English skills. I think that despite being orphans, they are recieving much love from each other as well as the outside community. That's maybe the reason why the children at PEKEAS are all cheerful and active despite their heart-wrenching story.
Lastly, I hope that 'ProjekUMBI' will be an ongoing project the eight of us can do together again in the future. It really is a fun experience and I don't think I 'd mind if we organize an event like this again during the next semester.
Sunday, 28 May 2017
The greatest gift that you can give to others is the gift of unconditional love and acceptance.
Assalamualaikum and hello to all! Let me continue in Malay...
Dua minggu selepas ‘ProjekUMBI16/17’
berlangsung, Fatin mengajak kami untuk melawat rumah PEKEAS pada hari Sabtu
akan datang. Sayangnya, saya mempunyai komitmen lain pada hari tersebut. Rasa
sangat sedih kerana tidak dapat untuk berjumpa dengan anak-anak PEKEAS namun
saya percaya jika ada rezeki, pasti kami akan berjumpa lagi.
Sewaktu saya
sedang sibuk dengan aktiviti di kolej, saya telah menerima panggilan video
daripada Fatin. Apabila saya menjawab panggilan tersebut, alangkah terkejutnya
saya apabila muka-muka anak-anak PEKEAS yang dirindui yang terpapar di skrin
telefon pintar saya. Perasaan saya bercampur baur dan saya kelu untuk
berkata-kata. Panggilan tersebut hanya berlangsung selama empat minit kerana
saya terpaksa menyambung semula tugas. Namun begitu saya berasa sangat gembira
kerana berpeluang untuk membuat panggilan video dengan mereka.
Aduh, makin susah saya mahu ‘move on’
daripada ‘ProjekUMBI16/17’. Saya mendoakan semoga umur da jodoh kami panjang
agar dapat berjumpa di masa akan datang. Saya berhasrat untuk mengekalkan
hubungan yang telah terjalin dengan pergi beraya ke rumah PEKEAS bersama
rakan-rakan yang lain memandangkan bulan puasa sudah pun dekat.
warm regards;
Ain Syahirah
quote cr.: click!
There is only one happiness in this life, to love and be loved.
Assalamualaikum and greetings to all. Let me continue in Malay...
Balik daripada program JM, air mata tak
berhenti mengalir sebab teringatkan anak-anak di PEKEAS. Lagi-lagi selepas baca
surat yang mereka bagi kepada saya. Nasib baik rakan sebilik saya dua-dua belum
balik ke bilik, jika tidak pasti saya akan berasa malu dengan mereka dan diri
saya sendiri. Sepanjang seminggu selepas program JM, kami masih tidak boleh
lepas daripada mengimbau kembali semua episod yang terjadi di PEKEAS. Pasti
akan ada orang yang terbuka cerita sewaktu di PEKEAS dan satu-persatu cerita
dibuka dan diulang cerita tanpa rasa jemu.
warm regards;
Ain Syahirah
quote cr.: click!
Sunday (16/4/2017) - Day 2 (End)
Assalamualaikum and good day to all. Continuing from where I left before in Malay...
Ahad, (16/4/2107) - Day 2 (Akhir)
Ahad, (16/4/2107) - Day 2 (Akhir)
Pada pukul 4.00 am, kami
telah ke rumah anak-anak perempuan PEKEAS dan mengejutkan mereka agar bangun
dan mengambil wudhuk. Anak-anak lelaki PEKEAS sampai pada pukul 4.45 am bersama
dengan fasilitator-fasilitator lelaki. Seorang sukarelawan kami iaitu Amirul
telah ditugaskan untuk mengetuai qiamullail pada pagi itu. Usai qiamullail,
anak-anak PEKEAS terbaring kepenatan sementara menunggu Subuh. Pukul 8.00 am,
kami telah meminta anak-anak PEKEAS serta para fasilitator untuk berkumpul di
perkarangan rumah utama PEKEAS untuk senaman ringan spontan yang diketuai oleh
Amirul dan Ikram dan pengagihan tugas untuk gotong-royong. Aktiviti gotong
royong dapat diselesaikan sejam awal dan kami telah mengadakan pertandingan
mencipta rakit secara spontan demi mengisi masa yang ada sebelum makan
tengahari dan majlis penutup.
Selesai makan tengahari
dan solat Zohor, kami telah mengumpulkan kesemua anak-anak PEKEAS dan mengagihkan
baju rasmi program yang akan dipakai sepanjang berlangsungnya majlis penutupan
‘ProjekUMBI16/17’ nanti. Kegembiraan jelas terpancar apadi wajah mereka apabila
kami mengagihkan baju tersebut kepada mereka. Kami meminta mereka untuk
membersihkan diri mereka sementara kami melakukan persiapan terakhir untuk
majlis penutupan. Setelah selesai persiapan majlis penutup, kami telah pulang
ke penginapan kami dan bersiap sedia untuk majlis penutup yang akan berlangsung
pada pukul 4.00 pm. Sewaktu kami bersiap, kami mendapat berita bahawa seorang
wartawan bersama seorang jurugambar daripada akhbar Metro Ahad sudah tiba.
Shamin, Fatin dan Adlina kelam kabut bersiap untuk menjemput mereka. Kami yang
lain turut tergesa-gesa bersiap supaya dapat tolong apa yang patut. Shamin dan
Fatin telah ditemubual oleh wartawan tersebut manakala kami yang lain
mengarahkan agar anak-anak PEKEAS melakukan persiapan terakhir untuk ‘fashion
show’ nanti. Suasana agak kelam kabut kerana kami baru sahaja dapat tahu bahawa
ada VIP yang akan menghadiri majlis penutup kami. Kami terpaksa menyusun semula
aturcara majlis agar sesuai dengan tetamu dan memastikan sistem PA berfungsi.
Saat yang
dinanti-nantikan telah tiba. Tepat pukul 4.00 pm majlis penutup
‘ProjekUMBI16/17’ pun berlangsung dengan jayanya. Sebelum kami makan, tiba-tiba
anak-anak PEKEAS bangun menuju ke hadapan meja VIP dan berdiri mengikut
ketinggian. Kemudian, Kak Shima yang merupakan pembantu penyelia di situ
memainkan sebuah lagu dan anak-anak PEKEAS menyanyi dua buah lagu sambil
membuat gaya. Kami sangat terkejut dan terharu dengan lagu-lagu yang telah
dihadiahkan buat kami. Sewaktu lagu pertama sampai ke penghujungnya, saya yang
sedang merakam video mereka tidak dapat menahan sebak lalu mengalirkan air
mata. Rasa terharu yang teramat sangat walaupun tahu persembahan tersebut
mereka sudah lakukan banyak kali dan bukan sahaja khas untuk kami. Boleh
dikatakan kesemua fasilitator mengalirkan air mata termasuk yang lelaki dan
anak-anak PEKEAS turut menangis walaupun ada yang cuba menahan diri daripada
berbuat demikian. Ini menunjukkan betapa rapatnya hubungan yang telah terjalin
antara kami dan kejayaan kami dalam mengusik hati mereka.
Ada yang makan sambil
menangis, ada yang cuba kawal emosi dan makan dan ada juga yang tidak mahu
makan kerana sedih dengan perpisahan tersebut. Selesai makan, kami mengemas
perkarangan rumah PEKEAS dan bersiap-siap untuk berangkat pulang. Sewaktu
sedang sibuk mengemas, anak-anak PEKEAS sibuk mendekati fasilitator dan meminta
tag nama fasilitator sebagai kenangan. Perasaan saya pada waktu itu sukar untuk
digambarkan kerana pada kami, tag nama hanya sekadar tag nama namun pada mereka
tag nama tesebut merupakan tanda ikatan yang telah kami jalinkan. Ada yang
sampai menagis kerana tidak sempat untuk meminta tag nama fasilitator yang
mereka minati. Selain itu, kami turut menerima surat daripada mereka yang
membuatkan saya rasa terharu dan sedih apabila saya membacanya.
Masa untuk berpisah telah
tiba, kami bersalaman dan berpelukan antara satu sama lain dan seperti biasa,
air mata memang mencurah-curah pada ketika itu. Mak Andak dan Kak Shima turut
sama mengalirkan air mata. Yang membuatkan saya lebih emosi adalah apabila
anak-anak perempuan PEKEAS yang saya peluk semuanya membalas pelukan saya
dengan erat. Pada saya, ini merupakan tanda mereka sudah membuka hati mereka
sepenuhnya kepada kami menjadi satu tanda kejayaan buat saya kerana berjaya
mengusik hati mereka. Ada juga di antara mereka yang tidak mahu memandang muka
saya sewaktu saya bersalaman dan memeluk mereka. Saya tahu mereka berkelakuan
sebegitu kerana tidak mahu saya melihat kesedihan yang terpancar di wajah
mereka.
Segala memori dan
pengalaman yang saya dapat daripada program JM kami akan saya simpan dengan
rapi dan sepertinya sukar untuk dilupakan dalam tempoh masa yang terdekat.
Sewaktu kami sibuk untuk menaiki van, hujan telah turun dengan lebatnya seperti
menangisi perpisahan kami dengan anak-anak PEKEAS. Namun jika dilihat dari
sudut positif, hujan yang turun seperti memberkati jalinan yang telah berjaya
diwujudkan antara kami dan anak-anak di PEKEAS.
warm regards;
Ain Syahirah
Tuesday, 23 May 2017
Lawatan yang amat bermakna...
Bismillah ....(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera 😃
Selama 5 jam melayan kerenah adik- adik dirumah tersebut, terus terang saya katakan, penat (opss!!, sabar- sabar bukan merungut) 😅😅😅. Akan tetapi penat saya rasakan itu sangatlah seronok dan berbaloi. Senyuman kegembiraan yang mereka ukirkan memberi tenaga kepada kami (saya dan Anis). Kami menghabiskan masa mengajar adik- adik sekolah menengah dan rendah berkaitan mata pelajaran mahupun kerja sekolah yang sukar untuk mereka fahami.
Setelah itu, solat zuhur. Sewaktu inilah saya merindui suasana riuh- rendah rumah tersebut dengan kehadiran abang dan kakak fasi sewaktu program berlangsung 😭😭😭. Usai solat, makan tengah hari dihidangkan dengan ditemani aiskrim sebagai 'Dessert'. Sebelum beransur pulang, saya berasa terkilan dan bersalah kerana tidak mampu menunaikan hasrat mereka ke taman permainan dengan ditemani oleh kami berdua. Bukannya apa, sebenarnya kami risau akan keselamatan mereka dan merasakan bahawa kami berdua tidak mampu mengawal mereka. (Yelah budak- budak kalau dah nampak taman permainan tuh, apa pun dia dah tak kisah 😎😎😎).
Bismillah ....(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera 😃
Setelah beberapa minggu berlalu meninggalkan kenangan yang cukup mendalam dan senantiasa terpahat di dalam hati. Kerinduan pun mula berbisik. Fikiran melayang memikirkan keadaan adik- adik di rumah tersebut, "Sihatkah mereka?, Periksa macam mana?, Belajar macam mana?". KeRINDUanya sehingga membuatkan saya terbawa- bawa dalam mimpi 😆😆😆. Alangkah seronoknya kalau dapat berjumpa sekali lagi.
Rancangan untuk melawat adik- adik di rumah tersebut bukan hanya sekadar angan- angan. Pada hari Sabtu 6/05/2017, saya dan Anis meneruskan perjalanan jauh ke Bandar Tasik Puteri, Rawang untuk melihat dan melawat keadaan adik- adik disana. Walaupun hanya kami berdua sahaja, perasaan dan semangat perlu kuat. Pelbagai persiadaan yang telah kami lakukan sebelum tiba hari lawatan tersebut. Berbekalkan dengan dana serta duit lebih yang masih tidak digunakan. Saya dan Anis membuat perancangan untk membelikan peralatan alat tulis untuk diberikan kepada mereka memandangkan musim peperiksaan kian menjelma. Sewaktu memilih peralatan alat tulis yang sesuai, "Macam mana mereka belajar?, Peralatan ini ada tak?, Yang mana sesuai?" dan pelbagai lagi persoalan yang dilontarkan saya kepada Anis. Naik rimas Anis mendengarnya. Sewaktu itu saya sedar bahawa terlalu beruntung diri ini dengan segala nikmat yang ada.
Kami bergerak dari Universiti Malaya tepat pukul 10.30 pagi dengan harapan akan sampai ke Rawang pada pukul 11.00 pagi. Hal ini kerana, kehadiran saya dan Anis telah pun dinantikan oleh adik- adik di rumah tersebut sambil mengenakan pakaian t-shirt merah yang kami sediakan sewaktu ProjekUMBI. Perkara yang paling membuatkan saya terharu adalah kehadiran kami tetap di sambut meriah, girang dan gembira walaupun hanya kami berdua. Adik- adik di rumah tersebut datang memeluk seorang demi seorang dan senantiasa bertanyakan tentang keadaan abang- abang serta kakak- kakak yang lain. Saya hanya mampu tersenyum dan menyatakan bahawa mereka sangatlah sibuk dan terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan.
Setelah mereka bertenang, baru setelah itu saya menunjukkan hadiah dan kejutan yang kami sediakan. Walaupun ianya tidak seberapa, hadiah tersebut mampu menjadikan mereka gembira dan teruja. Bahkan ada diantara mereka yang menyatakan bahawa "Akak ni macam tahu- tahu je yang saya perlukan pen". YA ALLAH rasa terharu, sedih, seronok serta bercampur baur perasaan ini 😭😭😭😭😭. Kehadiran kami umpama rahmat ALLAH bagi mereka.
![]() |
Selama 5 jam melayan kerenah adik- adik dirumah tersebut, terus terang saya katakan, penat (opss!!, sabar- sabar bukan merungut) 😅😅😅. Akan tetapi penat saya rasakan itu sangatlah seronok dan berbaloi. Senyuman kegembiraan yang mereka ukirkan memberi tenaga kepada kami (saya dan Anis). Kami menghabiskan masa mengajar adik- adik sekolah menengah dan rendah berkaitan mata pelajaran mahupun kerja sekolah yang sukar untuk mereka fahami.
Akhirnya kami bertolak pulang pada pukul 4 petang, rasa sayu dan berat...hati ini. Kepulangan kami dihujani dengan pelukan dan lambaian pemergiaan. Terngiang- ngiang luahan hati dan perasaan mereka yang sentiasa berdoa agar dapat dipertemukan dengan abang dan kakak fasi pada masa akan datang. In Sha Allah akan akak Fatin usahakan.
Wassalamualaikum w.b.t
Pengakhirannya
Bismillah ....(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera 😃
Sekian terima kasih,
Wassalamualaikum w.b.t
Bismillah ....(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera 😃
Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi diberi peluang sekali lagi untuk berkongsi coretan dan pengalaman bersama dengan para pembaca. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, kerinduan yang saya alami tidak akan pernah pudar dari dalam hati. Walaupun jauh di mata tetapi dekat di hati. Itulah kata orang tua- tua.
Diberi peluang untuk bersama mereka merupakan satu pengalaman yang paling indah dan terbaik dalam hidup saya. Hati, perasaan dan diri umpama telah berada lama dan masih di rumah PEKEAS. Mungkin bagi saya, inilah salah satu perkara yang mampu memberi kepuasan kepada diri. Kepuasan melihat senyuman yang terukir tatkala mereka seronok menjalankan aktiviti bersama kami. (😭😭😭😭 RINDUUU!!!!!). ALLAH sahaja yang tahu betapa rindunya kak Fatin terhadap adik- adik di rumah tersebut. Tingginya rahmat ALLAH, melalui program yang dianjurkan ini, ianya mampu mengajar saya untuk sentiasa berasa bersyukur dan bersabar dengan apa jua nikmat dan dugaan yang telah diberikan. Secara tidak langsung, saya merasakan bahawa saya bertanggungjawab untuk sentiasa mengambil berat tentang keadaan adik- adik dirumah tersebut.
Jutaan dan ribuan terima kasih saya dahulukan kepada Encik Adlan selaku wakil pihak rumah PEKEAS yang sentiasa berusaha memberikan bantuan dan kerjasama sepanjang perancangan dan pelaksanaan program tersebut. Ucapan terima kasih dan setinggi- tinggi penghargaan ingin saya dahulukan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Terima kasih kepada Kak Shima, Mak Andak dan para sukarelawan (Ikram, Amirul, Adibah, Ezrin, Luqman dan Syafiq) yang sudi membantu dalam menjayakan program kami ini.
ALHAMDULILLAH, selesai sudah ProjekUMBI 16/17 |
Sekian terima kasih,
Wassalamualaikum w.b.t
LOVE adik-adik PEKEAS!!
Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum,
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, sekali lagi Allah beri aku peluang untuk berjumpa dengan adik-adik tersayang. kali ini, hanya aku berdua bersama rakan karibku Fatin pergi melawat mereka, disebabkan rasa rindu terhadap mereka yang menghantui diri kami berdua, sungguh. aku dah anggap mereka semua macam adik-adik, sebahagian dari keluarga aku. saat kami tiba disana, dari jauh aku dapat lihat wajah kegembiraan mereka semua. rasa terubat rindu yang membara, seperti menyirami air ke atas kayu bara yang membahang.
Sesampai di muka pintu, mereka semua sedang membuat sesi latihan nasyid untuk majlis pada bulan puasa nanti. ALHAMDULILLAH. Rezeki adik-adik ni murah. Aku dan Atin hadir dengan tangan yang berisi, berkat duit lebihan daripada insan dermawan yang lagi mulia. Kami dapat menghadiahkan adik-adik set alas tulis, disebabkan masing-masing sudah hampir dengan bulan peperiksaan.
Saat itu, aku nampak riak wajah riang adik-adik PEKEAS. Ya Allah, aku bersyukur sangat dapat berjumpa dengan mereka semua lagi. Tetapi, aku diberitahu dengan satu berita yang mengejutkan. Salah seorang adik telah terlibat dalam kemalangan semasa pulang dari sekolah. Allahu. Hanya doa yang mampu aku kirimkan sayang. "Semoga cepat sembuh adik Yaakub sayang!"
Saat aku leka melayani adik-adik, tiba-tiba perasaan ingin tahu tentang punca adik-adik dihantar ke rumah yang mulia ini. Pada mulanya, Atin menanyakan tentang adik-adik sama ada mereka masih mempunyai family lain kepada Mak Andak. Hiba dan sedih aku rasakan, rupa-rupanya kebanyakkan dari mereka adalah senasib dengan keadaan aku. Mereka semua dihantar kesitu disebabkan masalah keluarga iaitu penceraian. Sungguh aku terdiam, dan mengawal segala emosi yang menyerang. Sedangkan aku ambil masa yang lama untuk menerima hakikat yang berlaku. Ini kan adik-adik yang masih muda. Allah. Macam mana mereka hadapi semua dugaan yang engkau timpakan? Sumpah, aku kagum dengan adik-adik ni. Walaupun mereka masih kecil, tetapi kesabaran dalam diri mereka kuat. Tak seperti aku yang mudah tewas sewaktu dulu.
Saat mereka hadir dalam hidup aku, aku belajar erti ketabahan dan berdikari. Mana taknya, di seusia kecil begini mereka sudah harus hidup berdikari bergantung pada diri sendiri dan rakan-rakan mereka. Aku hanya mampu doakan yang terbaik untuk adik-adik. Semoga hidupmu sentiasa diberkati Allah sayang-sayang sekalian. "Akak takkan pernah lupakan adik-adik, trust me!"
-Sekian-
Wednesday, 17 May 2017
APPRECIATION POST

I would love to take this opportunity to say thank you to everyone who was involved in our Social Engagement project called Projek UMBI 16/17. It was definitely a huge success and I couldn't have made it without the endless support from my dearest course mates and our caring coordinator Dr Arpah. We've had a lot of ups and down while preparing for our big event. However, we never gave up and overcame it by working through it together. That's what I really admired in this people. They helped each other although it wasn't necessary for them to help. Most importantly, when I met them I thought that I wouldn't get to get along with them cause most of them were Malays and just one Chinese. They definitely changed my point of view and made me realize that not everyone is like that. We should learn how to make friends and also to choose the right peers to be with. They thought me that love is unconditional and caring for someone has already been their principles in life! I'm so grateful to be given peers like this that I'll be seeing for the next few years with. I would really like to thank the bubbly Shamin for always helping me out and replying to my texts to whatever I need. She definitely nailed her job as our pengarah for this project. Fatin is another one more fun and joyable person that I love to be with around. She takes notice of everything and makes sure everything goes fine. My two crackos, Mai and Anis, they are like sisters to me and they are always there to bully me together but I really love them a lot because I know the amount of care they have for me. Edddd, the lunatic and outgoing crazy person, she's definitely a fun person to hangout with. She gets stressed and funny at the sane time but I was impressed that she managed to get so many sponsorships on her own. And lastly, Foo is a very quiet person however she has been very helpful lately with the bureau activities that they managed to plan in out in time. And Dr Arpah, for her guidance and never ending help was what made us to make this project a huge success. A BIG THANK YOU TO EVERYONE AND MAY GOD BLESS YOU'LL! Hopefully, our next meetings and projects will be even better than this and may we last forever and keep this friendship going ON ...
Yours Truly,
KARTHEENI NAIR A/P ACHUTHAN
~ENTRY MISS MAI~
Di sini aku ingin menyampaikan rasa jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyempurnakan projek UMBI 16/17. Tanpa anda, siapalah aku... Hehehe😃😃 Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada :
1) Dr. Arpah- yang banyak membimbing dan memberi nasihat
2) Shamin- selaku pengarah projek yang selalu melayan dan redha dengan perangai aku yang
kadang2 betul kadang2 tak betul
3) Fatin- selaku setiausaha, aku banyak menyusahkan dia 😀😀
4) Kartheeni- selaku bendahari dan juga orang yang selalu 'meroyan' dengan aku
5) Anis- tempat aku luahkan suka duka ku
6) Ain- selaku ketua biro multimedia yang telah mencipta baju projek UMBI (aku tengah pakai baju
tu semasa entri ini ditulis) dan juga banyak yang telah dia lakukan demi menjayakan projek
ini.
7) Adlina- yang selalu kelam kabut ketika meeting. Suka pula aku tengok dia.😆😆 Walaupun begitu, banyak tajaan yang dia dapatkan.
8) Foo- yang telah menjayakan aktiviti2 projek UMBI
9) Para sukarelawan-yang sangat 'supportive' dan aktif dan rajin dan baik
Aku juga ingin berterima kasih kepada pihak PEKEAS yang memberikan kami peluang untuk menjayakan projek ini sehingga masuk surat khabar METRO ....
Begitu juga kepada adik-adik PEKEAS yang telah menyertai projek kami dan memberi feedback yang sangat2 baik serta banyak mengajar aku. Terutama mengajar aku erti bersyukur, bersyukur dengan apa yang aku ada dan miliki. Mereka juga ajarkan aku erti menghargai, menghargai orang di sekeliling kami terutama sekali ibu bapa. Mereka juga ajarkan aku erti tolong menolong.
Terima kasih semua, tanpa anda, projek ini tidak dapat berjalan dengan lancar dan berjaya.
p/s: Aku akan ingat memori2 dan kenangan manis yang aku peroleh dari projek ini sampai bila2.😍😍💘💘

Sebulan telah pun berlalu pergi dan begitu juga dengan projek UMBI 16/17 yang telah pun melabuhkan tirainya pada bulan lepas. Kini, kami membawa haluan masing-masing. (Ecehhhh... lebih je aku). Takdelah, aku gurau ja. Kami masih aktif terutama di 'whatsapp' group volunteer projek UMBI. Kami saling bertukar-tukar pandapat, berkongsi tentang pengalaman dan memori dan tidak lupa juga berkongsi kerinduan kami terhadap adik-adik di PEKEAS. Baru sahaja 2 minggu lepas, Fatin dan Anis telah melawat mereka. Mereka pergi tanpaku. Sebenarnya aku nak sangat ikut, tetapi, sesuatu perkara yang tidak dijangka telah berlaku sehari sebelumnya. Sedih dan hiba sangat hati ku. Tidak lama selepas itu, aku telah mimpikan mereka. Bohonglah jika aku tidak rindukan mereka. Nampak sahaja macam tak rindu, tetapi dalam hati ini siapa yang tahu. Sekarang ini, kami sibuk menguruskan laporan, penulisan reflektif dan presentation kami. Ku ingatkan uruskan benda ini semua senang, tapi hakikatnya penat aku dibuatnya. 😅😅
Hahaha.. kerja aku selepas projek UMBI adalah mengumpulkan serta meng'edit' slides selain daripada menulis laporan dan penulisan reflektif. Memang keluar dari bidang 'logistik'. Namun, aku usahakan juga. heheheh...😁😁

Monday, 15 May 2017
From Love To Care - closing ceremony - by Adlina Affian
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, jadi mari kita sambung cerita semalam untuk majlis penutupan. Majlis ini kami adakan selepas sahaja solat zohor dan makan tengahari. Meja semua telah diatur semasa mereka bersiap-siap untuk majlis tersebut. Bagi menampakkan kegahan projek ini, kami telah menyediakan baju t-shirt official projek ini buat adik-adik PEKEAS dan mereka perlu pakai T-shirt ini semasa majlis tersebut.
Majlis penutupan kali ini agak menarik memandangkan, mereka dihidangkan dengan KFC hahaahahhaaha,mesti mereka excited kan ? Dengan goodies yang banyak hasil tajaan Najib Bakery dan Tip Top Cookies, membuatkan majlis ini nampak lebih menarik . Kehadiran pihak Harian Metro menambahkan lagi keterujan kami melaksanakan projek ini. Tepat jam 3.00 pm , majlis penutupan bermula, Fatin mengambil tugas sebagai emcee, Foo sebagai yang menjaga bahagian hadiah, Anis dan Mai dibahagian makanan, Shamin menguruskan tetamu kehormat juga pihak Harian Metro , Karthee menguruskan acara Fashion Show , Ain pula bertanggungjawab menjaga PA sistem dan saya sendiri membantu dalam memastikan kelancaran majlis penutupan semasa itu.
Persediaan majlis penutupan
Persiapan Fashion Show :- semua design ini telah disiapkan pada malam hari pertama kih kih kih. Kreatif bukan adik-adik ini ?
Majlis Penutupan Bermula :-
Alhamdulilah, selesai sudah majlis penutupan Projek UMBI sesi 2016/2017 ini. Sebelum kami mengakhiri majlis ini, satu persembahan menyentuh hati telah dipersembahkan kepada kami oleh adik-adik ini. Satu persembahan yang tidak dijangka, dan ia sangat menyentuh hati. Mengalir juga air mata ini saat melihat persembahan mereka. Sejujurnya terasa seperti sebak ingin meninggalkan mereka, dapat saya rasakan titik dan bibit kasih serta sayang terhadap mereka telah tertanam dihati ini. Sedikit sebanyak hati ini terdetik dan terasa yang mereka masih lagi ingin menghabiskan masa mereka bersama kami, terasa seperti mereka tidak mahu melepaskan kami pergi pulang dari Rumah tersebut. Yang menyentuh lagi hati ini adalah, saat mereka berebut-rebut mendapatkan tag nama kepunyaan kami, ada yang merajuk sebab tak dapat tag pun ada. Tandatangan kami pun mereka inginkan sebab bagi mereka, itu semua kenangan yang mereka dapat simpan atas kehadiran kami kesana. So, akhirnya habis jua Projek UMBI ini selama 2 hari 1 malam. Pelbagai suka, duka, dan pengalaman yang telah kami cipta disini. 😙
💌 Lot Of Love 💌
Adlina Affian

Wednesday, 3 May 2017
NO DOUBTS WITH BUDGET
I'm very grateful and appreciative to have taken the task to be the treasurer for Social Engagement project. I hope I had made my fellow course mates and also coordinator, Dr Arpah proud of me with the work I've done and also the effort I've put to finish this task. Honestly, it wasn't an easy task for me as handling money requires a lot of skills in it. I'm so glad that my friends have given me their trust in being able to hold a lot of money with me and in the bank as well. Without them, I definitely wouldn't have been able to carry out this task diligently. I have done pasting all the receipts on pieces of A4 paper that I have received from the things that my friends and Dr Arpah has purchased. These papers are part of the record and will be placed in the file as prove. I had a few problems as many of the receipts were too small and hard to keep. However, I managed to keep all of them safely and paste each and every one of it not leaving anything behind.
Apart from this, those children definitely remain in my heart and mind. This truly shows they have captured a place in my heart. We are keeping contact with one of the members, Mr Adlan. We have gotten to know that 2 of the children are not feeling well which are Farisyah and Amera. My friends Fatin and Anis have decided to pay a visit to the orphanage soon. The others including me aren't free but we definitely send them our warmest regards. The remaining money that we have, they'll be using it to buy whatever the children need. I love you'll and God bless everyone! Be Kind.
![]() |
Crew BioInfo 1617 |
![]() |
Baby Aiman, my love |
Tuesday, 2 May 2017
From Love To Care - Second Day - by Adlina
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua. Maafkan saya kerana kosong je second day ni. Ni semua sebab terdelete everything. Lepastu laptop pula masuk ICU so kena berkampung kat library baru dapat update. Tapi takpa, asalkan update.
Baiklah, untuk hari kedua ni saya akan ceritakan pada semua tentang aktiviti yang kami jalankan sepanjang hari kedua ini.
Aktiviti 1 :- QIAMULAIL
Aktiviti pertama yang kami jalankan pada hari pertama ini adalah qiamulail, Seawal jam 5 pagi saya, Fatin, Ain dan Anis sudah bangun dah bersiap untuk mengejutkan adik-adik ini. Semasa kejutkan mereka, ada yang senang bangun ada juga yang sukar sekali nak bangun, Berkali-kali kejut pun tak bangun juga. Tapi, ada sesuatu yang menyentuh hati saya saat kejutkan mereka ni . Saat mengejutkan mereka, saya terfikir, apa perasaan mereka sewaktu mereka bangun dari tidur mereka, Pasti mereka mengharapkan ibu dan bapa mereka yang kejutkan mereka untuk bangun. Pasti mereka rindu belaian seorang ibu yang lembut mengejutkan mereka. Mereka pasti teringin sekali bangun dan melihat disisi mereka ada ibu dan ayah mereka. Dan saya terkesan apabila berfikiran begitu kerana, saat kita dikejut oleh ibu dan bapa kita, kita masih lagi tak puas hati , mengeluh hatta ada juga yang membebel bila dikejut. Sedang mereka, masih lagi terus mengharap saat-saat inah itu. Ok, dah emosi. Seusai sahaja kejut mereka, kami pun mulakan qiam kami yang diketuai oleh abang Amirul. dan hasilnya....
Baiklah sekarang masa untuk menguji rakit-rakit mereka. Hasil daripada aktiviti ini, kumpulan satu telah berjaya merangkul tempt pertama kerana hany rakit mereka yang dapat bertahan selama satu minit... Huuuuuuu.. Selesai sahaja aktivit, saya rumuskan apa kelebihan , kekuatan dan kelemahan design rakit masing-masing. Dan dari aktiviti ini dapatlah saya nilai tentang sikap dan pemikiran adik-adik ini, ada yang sukakan benda simple yet, memberi fungsi dan hasil yang baik. Ada juga diantara mereka yang memetingkan kretiviti dan design menarik tetapi tidak memikirkan strategi untuk memastikan ianya berfungsi. Ada juga diantara mereka yang ah ok rakitnya, tetapi malang sekali kerana sedikit kecuaian , rakit mereka akhirnya tenggelam, kerana mereka terlupa itu adalah straw.
Baiklah, untuk hari kedua ni saya akan ceritakan pada semua tentang aktiviti yang kami jalankan sepanjang hari kedua ini.
Aktiviti 1 :- QIAMULAIL
Aktiviti pertama yang kami jalankan pada hari pertama ini adalah qiamulail, Seawal jam 5 pagi saya, Fatin, Ain dan Anis sudah bangun dah bersiap untuk mengejutkan adik-adik ini. Semasa kejutkan mereka, ada yang senang bangun ada juga yang sukar sekali nak bangun, Berkali-kali kejut pun tak bangun juga. Tapi, ada sesuatu yang menyentuh hati saya saat kejutkan mereka ni . Saat mengejutkan mereka, saya terfikir, apa perasaan mereka sewaktu mereka bangun dari tidur mereka, Pasti mereka mengharapkan ibu dan bapa mereka yang kejutkan mereka untuk bangun. Pasti mereka rindu belaian seorang ibu yang lembut mengejutkan mereka. Mereka pasti teringin sekali bangun dan melihat disisi mereka ada ibu dan ayah mereka. Dan saya terkesan apabila berfikiran begitu kerana, saat kita dikejut oleh ibu dan bapa kita, kita masih lagi tak puas hati , mengeluh hatta ada juga yang membebel bila dikejut. Sedang mereka, masih lagi terus mengharap saat-saat inah itu. Ok, dah emosi. Seusai sahaja kejut mereka, kami pun mulakan qiam kami yang diketuai oleh abang Amirul. dan hasilnya....
AKTIVITI 2 :- Gotong Royong
Selepas sahaja qiam , kami pun meminta adik-adik ini untuk siapkan diri bagi sarapan pagi dan aktiviti gotong royong.Sebelum kami bergotong royong, bagi memanaskan badan masing-masing , kami mulakan dengan aktiviti zumba yang diketuai oleh abang Amirul juga dibantu abang Ikram. Bukan main adik-adik ni berzumba. Seronok sangat mereka ni
Baiklah seusai sahaja berzumba ni, kami mulakan aktiviti gotong royong kami, Adik-adik ini kami bahagikan kepada tiga kumpulan sebab..kami akan berkemas di tiga buah rumah. Rumah Perempuan, Rumah Warga Emas dan juga Rumah untuk adik-adik lelaki. So basically , adik-adik lelaki yang besar, kami minta mereka kemaskan rumah lelaki bersama abang amirul dan abang luqman. Yang lain-lain dirumah perempuan dan warga emas. Bersungguh adik-adik ni mengemas tau. Walaupun tidak banyak kekemasan dan kebesihan yang ditonjolkan , namun ada lah sedikit perubahan yang berlaku. Alhamdulilah.
![]() |
Gigihnya akak ni |
![]() |
Stress ke tu |
Selepas gotong royong haaaa..... semua pun lapar, jadinkami hidangkan mereka Nasi Goreng yang enak dan lazat..... dah habis makan tu, kami dah kehabisan idea nak lakukan aktiviti apa lagi sebab lama pula nak tunggu jam 2 bagi majlis penutupan. Sedang berfikir-fikir tu tercetus lah satu idea yang agak spontan, tak pernah dicuba. Idea nya adlaha, "membina rakit menggunakan straw" Jadi, mengikut kumpulan masing-masing, saya berikan beberapa straw untuk mereka membuat satu rakit yang dapat timbul dan bertahan diatas air selama seminit dengan muatan tiga biji batu. Walaupun mereka kelihatan penat namun, mereka tidak menghampkan langsung tau. Mereka tetap bersemangat menghabiskan tugasan tersebut.
1 jam 30 minit diberikan kepada setiap kumpulan, pelbagai design yang mereka laksanakan bagi memastikan rakit masing-masing timbul. dan hasilnya adalah seperti :-
TARA LAWAKAN |
Baiklah itu sahaja untuk separuh hari kedua, akan bersmbung di post yang lain tentang Majlis Penutupan Projek UMBI 16/17
Subscribe to:
Posts (Atom)