Sunday, 28 May 2017

Teamwork makes the dream work (Part II)

Assalamualaikum and good day to all.

It's been a little over a month since 'ProjekUMBI16/17' took place and on 26/5/2017, we presented our project in front of our lecturers, bioinfo staffs and seniors. I was a nervous wreck and I feel like I could've done better for the presentation but alhamdulillah everything went well. All the eight of us felt like there's nothing that can do us wrong and that we could conquer anything if we're together. I honestly think so too. I'm looking forward to spending the rest of my years in university with them and see how that'll turn out. A big thanks to Dr. Arpah who guided us from the planning stage till the end and bared with our nonsense and childish act. Thanks you Dr. for the invaluable advice as well as experience that you've taught us.

As for the children at PEKEAS, I definitely hope that we'll pay them a visit during Ramadhan or Eid and do more activities that could help them develop their soft skills and maybe also their English skills. I think that despite being orphans, they are recieving much love from each other as well as the outside community. That's maybe the reason why the children at PEKEAS are all cheerful and active despite their heart-wrenching story.

Lastly, I hope that 'ProjekUMBI' will be an ongoing project the eight of us can do together again in the future. It really is a fun experience and I don't think I 'd mind if we organize an event like this again during the next semester.

The greatest gift that you can give to others is the gift of unconditional love and acceptance.

Assalamualaikum and hello to all! Let me continue in Malay...


Dua minggu selepas ‘ProjekUMBI16/17’ berlangsung, Fatin mengajak kami untuk melawat rumah PEKEAS pada hari Sabtu akan datang. Sayangnya, saya mempunyai komitmen lain pada hari tersebut. Rasa sangat sedih kerana tidak dapat untuk berjumpa dengan anak-anak PEKEAS namun saya percaya jika ada rezeki, pasti kami akan berjumpa lagi.

Sewaktu saya sedang sibuk dengan aktiviti di kolej, saya telah menerima panggilan video daripada Fatin. Apabila saya menjawab panggilan tersebut, alangkah terkejutnya saya apabila muka-muka anak-anak PEKEAS yang dirindui yang terpapar di skrin telefon pintar saya. Perasaan saya bercampur baur dan saya kelu untuk berkata-kata. Panggilan tersebut hanya berlangsung selama empat minit kerana saya terpaksa menyambung semula tugas. Namun begitu saya berasa sangat gembira kerana berpeluang untuk membuat panggilan video dengan mereka.


Aduh, makin susah saya mahu ‘move on’ daripada ‘ProjekUMBI16/17’. Saya mendoakan semoga umur da jodoh kami panjang agar dapat berjumpa di masa akan datang. Saya berhasrat untuk mengekalkan hubungan yang telah terjalin dengan pergi beraya ke rumah PEKEAS bersama rakan-rakan yang lain memandangkan bulan puasa sudah pun dekat.


warm regards;
Ain Syahirah

quote cr.: click!

There is only one happiness in this life, to love and be loved.

Assalamualaikum and greetings to all. Let me continue in Malay...

Balik daripada program JM, air mata tak berhenti mengalir sebab teringatkan anak-anak di PEKEAS. Lagi-lagi selepas baca surat yang mereka bagi kepada saya. Nasib baik rakan sebilik saya dua-dua belum balik ke bilik, jika tidak pasti saya akan berasa malu dengan mereka dan diri saya sendiri. Sepanjang seminggu selepas program JM, kami masih tidak boleh lepas daripada mengimbau kembali semua episod yang terjadi di PEKEAS. Pasti akan ada orang yang terbuka cerita sewaktu di PEKEAS dan satu-persatu cerita dibuka dan diulang cerita tanpa rasa jemu.


warm regards;
Ain Syahirah


quote cr.: click!

Sunday (16/4/2017) - Day 2 (End)

Assalamualaikum and good day to all. Continuing from where I left before in Malay...

Ahad, (16/4/2107) - Day 2 (Akhir)

Pada pukul 4.00 am, kami telah ke rumah anak-anak perempuan PEKEAS dan mengejutkan mereka agar bangun dan mengambil wudhuk. Anak-anak lelaki PEKEAS sampai pada pukul 4.45 am bersama dengan fasilitator-fasilitator lelaki. Seorang sukarelawan kami iaitu Amirul telah ditugaskan untuk mengetuai qiamullail pada pagi itu. Usai qiamullail, anak-anak PEKEAS terbaring kepenatan sementara menunggu Subuh. Pukul 8.00 am, kami telah meminta anak-anak PEKEAS serta para fasilitator untuk berkumpul di perkarangan rumah utama PEKEAS untuk senaman ringan spontan yang diketuai oleh Amirul dan Ikram dan pengagihan tugas untuk gotong-royong. Aktiviti gotong royong dapat diselesaikan sejam awal dan kami telah mengadakan pertandingan mencipta rakit secara spontan demi mengisi masa yang ada sebelum makan tengahari dan majlis penutup.

Selesai makan tengahari dan solat Zohor, kami telah mengumpulkan kesemua anak-anak PEKEAS dan mengagihkan baju rasmi program yang akan dipakai sepanjang berlangsungnya majlis penutupan ‘ProjekUMBI16/17’ nanti. Kegembiraan jelas terpancar apadi wajah mereka apabila kami mengagihkan baju tersebut kepada mereka. Kami meminta mereka untuk membersihkan diri mereka sementara kami melakukan persiapan terakhir untuk majlis penutupan. Setelah selesai persiapan majlis penutup, kami telah pulang ke penginapan kami dan bersiap sedia untuk majlis penutup yang akan berlangsung pada pukul 4.00 pm. Sewaktu kami bersiap, kami mendapat berita bahawa seorang wartawan bersama seorang jurugambar daripada akhbar Metro Ahad sudah tiba. Shamin, Fatin dan Adlina kelam kabut bersiap untuk menjemput mereka. Kami yang lain turut tergesa-gesa bersiap supaya dapat tolong apa yang patut. Shamin dan Fatin telah ditemubual oleh wartawan tersebut manakala kami yang lain mengarahkan agar anak-anak PEKEAS melakukan persiapan terakhir untuk ‘fashion show’ nanti. Suasana agak kelam kabut kerana kami baru sahaja dapat tahu bahawa ada VIP yang akan menghadiri majlis penutup kami. Kami terpaksa menyusun semula aturcara majlis agar sesuai dengan tetamu dan memastikan sistem PA berfungsi.

Saat yang dinanti-nantikan telah tiba. Tepat pukul 4.00 pm majlis penutup ‘ProjekUMBI16/17’ pun berlangsung dengan jayanya. Sebelum kami makan, tiba-tiba anak-anak PEKEAS bangun menuju ke hadapan meja VIP dan berdiri mengikut ketinggian. Kemudian, Kak Shima yang merupakan pembantu penyelia di situ memainkan sebuah lagu dan anak-anak PEKEAS menyanyi dua buah lagu sambil membuat gaya. Kami sangat terkejut dan terharu dengan lagu-lagu yang telah dihadiahkan buat kami. Sewaktu lagu pertama sampai ke penghujungnya, saya yang sedang merakam video mereka tidak dapat menahan sebak lalu mengalirkan air mata. Rasa terharu yang teramat sangat walaupun tahu persembahan tersebut mereka sudah lakukan banyak kali dan bukan sahaja khas untuk kami. Boleh dikatakan kesemua fasilitator mengalirkan air mata termasuk yang lelaki dan anak-anak PEKEAS turut menangis walaupun ada yang cuba menahan diri daripada berbuat demikian. Ini menunjukkan betapa rapatnya hubungan yang telah terjalin antara kami dan kejayaan kami dalam mengusik hati mereka.

Ada yang makan sambil menangis, ada yang cuba kawal emosi dan makan dan ada juga yang tidak mahu makan kerana sedih dengan perpisahan tersebut. Selesai makan, kami mengemas perkarangan rumah PEKEAS dan bersiap-siap untuk berangkat pulang. Sewaktu sedang sibuk mengemas, anak-anak PEKEAS sibuk mendekati fasilitator dan meminta tag nama fasilitator sebagai kenangan. Perasaan saya pada waktu itu sukar untuk digambarkan kerana pada kami, tag nama hanya sekadar tag nama namun pada mereka tag nama tesebut merupakan tanda ikatan yang telah kami jalinkan. Ada yang sampai menagis kerana tidak sempat untuk meminta tag nama fasilitator yang mereka minati. Selain itu, kami turut menerima surat daripada mereka yang membuatkan saya rasa terharu dan sedih apabila saya membacanya.

Masa untuk berpisah telah tiba, kami bersalaman dan berpelukan antara satu sama lain dan seperti biasa, air mata memang mencurah-curah pada ketika itu. Mak Andak dan Kak Shima turut sama mengalirkan air mata. Yang membuatkan saya lebih emosi adalah apabila anak-anak perempuan PEKEAS yang saya peluk semuanya membalas pelukan saya dengan erat. Pada saya, ini merupakan tanda mereka sudah membuka hati mereka sepenuhnya kepada kami menjadi satu tanda kejayaan buat saya kerana berjaya mengusik hati mereka. Ada juga di antara mereka yang tidak mahu memandang muka saya sewaktu saya bersalaman dan memeluk mereka. Saya tahu mereka berkelakuan sebegitu kerana tidak mahu saya melihat kesedihan yang terpancar di wajah mereka.


Segala memori dan pengalaman yang saya dapat daripada program JM kami akan saya simpan dengan rapi dan sepertinya sukar untuk dilupakan dalam tempoh masa yang terdekat. Sewaktu kami sibuk untuk menaiki van, hujan telah turun dengan lebatnya seperti menangisi perpisahan kami dengan anak-anak PEKEAS. Namun jika dilihat dari sudut positif, hujan yang turun seperti memberkati jalinan yang telah berjaya diwujudkan antara kami dan anak-anak di PEKEAS.

warm regards;
Ain Syahirah

Tuesday, 23 May 2017

Lawatan yang amat bermakna...
Bismillah ....(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera 😃



Setelah beberapa minggu berlalu meninggalkan kenangan yang cukup mendalam dan senantiasa terpahat di dalam hati. Kerinduan pun mula berbisik. Fikiran melayang memikirkan keadaan adik- adik di rumah tersebut, "Sihatkah mereka?, Periksa macam mana?, Belajar macam mana?". KeRINDUanya sehingga membuatkan saya terbawa- bawa dalam mimpi 😆😆😆. Alangkah seronoknya kalau dapat berjumpa sekali lagi.

Rancangan untuk melawat adik- adik di rumah tersebut bukan hanya sekadar angan- angan. Pada hari Sabtu 6/05/2017, saya dan Anis meneruskan perjalanan jauh ke Bandar Tasik Puteri, Rawang untuk melihat dan melawat keadaan adik- adik disana. Walaupun hanya kami berdua sahaja, perasaan dan semangat perlu kuat. Pelbagai persiadaan yang telah kami lakukan sebelum tiba hari lawatan tersebut. Berbekalkan dengan dana serta duit lebih yang masih tidak digunakan. Saya dan Anis membuat perancangan untk membelikan peralatan alat tulis untuk diberikan kepada mereka memandangkan musim peperiksaan kian menjelma. Sewaktu memilih peralatan alat tulis yang sesuai, "Macam mana mereka belajar?, Peralatan ini ada tak?, Yang mana sesuai?" dan pelbagai lagi persoalan yang dilontarkan saya kepada Anis. Naik rimas Anis mendengarnya. Sewaktu itu saya sedar bahawa terlalu beruntung diri ini dengan segala nikmat yang ada. 

Kami bergerak dari Universiti Malaya tepat pukul 10.30 pagi dengan harapan akan sampai ke Rawang pada pukul 11.00 pagi. Hal ini kerana, kehadiran saya dan Anis telah pun dinantikan oleh adik- adik di rumah tersebut sambil mengenakan pakaian t-shirt merah yang kami sediakan sewaktu ProjekUMBI. Perkara yang paling membuatkan saya terharu adalah kehadiran kami tetap di sambut meriah, girang dan gembira walaupun hanya kami berdua. Adik- adik di rumah tersebut datang memeluk seorang demi seorang dan senantiasa bertanyakan tentang keadaan abang- abang serta kakak- kakak yang lain. Saya hanya mampu tersenyum dan menyatakan bahawa mereka sangatlah sibuk dan terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan. 

Setelah mereka bertenang, baru setelah itu saya menunjukkan hadiah dan kejutan yang kami sediakan. Walaupun ianya tidak seberapa, hadiah tersebut mampu menjadikan mereka gembira dan teruja. Bahkan ada diantara mereka yang menyatakan bahawa "Akak ni macam tahu- tahu je yang saya perlukan pen". YA ALLAH rasa terharu, sedih, seronok serta bercampur baur perasaan ini 😭😭😭😭😭. Kehadiran kami umpama rahmat ALLAH bagi mereka. 




Selama 5 jam melayan kerenah adik- adik dirumah tersebut, terus terang saya katakan, penat (opss!!, sabar- sabar bukan merungut) 😅😅😅. Akan tetapi penat saya rasakan itu sangatlah seronok dan berbaloi. Senyuman kegembiraan yang mereka ukirkan memberi tenaga kepada kami (saya dan Anis). Kami menghabiskan masa mengajar adik- adik sekolah menengah dan rendah berkaitan mata pelajaran mahupun kerja sekolah yang sukar untuk mereka fahami. 

Setelah itu, solat zuhur. Sewaktu inilah saya merindui suasana riuh- rendah rumah tersebut dengan kehadiran abang dan kakak fasi sewaktu program berlangsung 😭😭😭. Usai solat, makan tengah hari dihidangkan dengan ditemani aiskrim sebagai 'Dessert'. Sebelum beransur pulang, saya berasa terkilan dan bersalah kerana tidak mampu menunaikan hasrat mereka ke taman permainan dengan ditemani oleh kami berdua. Bukannya apa, sebenarnya kami risau akan keselamatan mereka dan merasakan bahawa kami berdua tidak mampu mengawal mereka. (Yelah budak- budak kalau dah nampak taman permainan tuh, apa pun dia dah tak kisah 😎😎😎). 

Akhirnya kami bertolak pulang pada pukul 4 petang, rasa sayu dan berat...hati ini. Kepulangan kami dihujani dengan pelukan dan lambaian pemergiaan. Terngiang- ngiang luahan hati dan perasaan mereka yang sentiasa berdoa agar dapat dipertemukan dengan abang dan kakak fasi pada masa akan datang. In Sha Allah akan akak Fatin usahakan.

Wassalamualaikum w.b.t



Pengakhirannya
Bismillah ....(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera 😃


Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi diberi peluang sekali lagi untuk berkongsi coretan dan pengalaman bersama dengan para pembaca. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, kerinduan yang saya alami tidak akan pernah pudar dari dalam hati. Walaupun jauh di mata tetapi dekat di hati. Itulah kata orang tua- tua. 

Diberi peluang untuk bersama mereka merupakan satu pengalaman yang paling indah dan terbaik dalam hidup saya. Hati, perasaan dan diri umpama telah berada lama dan masih di rumah PEKEAS. Mungkin bagi saya, inilah salah satu perkara yang mampu memberi kepuasan kepada diri. Kepuasan melihat senyuman yang terukir tatkala mereka seronok menjalankan aktiviti bersama kami. (😭😭😭😭 RINDUUU!!!!!). ALLAH sahaja yang tahu betapa rindunya kak Fatin terhadap adik- adik di rumah tersebut. Tingginya rahmat ALLAH, melalui program yang dianjurkan ini, ianya mampu mengajar saya untuk sentiasa berasa bersyukur dan bersabar dengan apa jua nikmat dan dugaan yang telah diberikan. Secara tidak langsung, saya merasakan bahawa saya bertanggungjawab untuk sentiasa mengambil berat tentang keadaan adik- adik dirumah tersebut. 

Jutaan dan ribuan terima kasih saya dahulukan kepada Encik Adlan selaku wakil pihak rumah PEKEAS yang sentiasa berusaha memberikan bantuan dan kerjasama sepanjang perancangan dan pelaksanaan program tersebut. Ucapan terima kasih dan setinggi- tinggi penghargaan ingin saya dahulukan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Terima kasih kepada Kak Shima, Mak Andak dan para sukarelawan (Ikram, Amirul, Adibah, Ezrin, Luqman dan Syafiq) yang sudi membantu dalam menjayakan program kami ini.


ALHAMDULILLAH, selesai sudah ProjekUMBI 16/17

Sekian terima kasih,
Wassalamualaikum w.b.t

LOVE adik-adik PEKEAS!!

Bismillahirahmanirrahim..

 Assalamualaikum,



     Alhamdulillah, sekali lagi Allah beri aku peluang untuk berjumpa dengan adik-adik tersayang. kali ini, hanya aku berdua bersama rakan karibku Fatin pergi melawat mereka, disebabkan rasa rindu terhadap mereka yang menghantui diri kami berdua, sungguh. aku dah anggap mereka semua macam adik-adik, sebahagian dari keluarga aku. saat kami tiba disana, dari jauh aku dapat lihat wajah kegembiraan mereka semua. rasa terubat rindu yang membara, seperti menyirami air ke atas kayu bara yang membahang.
      Sesampai di muka  pintu, mereka semua sedang membuat sesi latihan nasyid untuk majlis pada bulan puasa nanti. ALHAMDULILLAH. Rezeki adik-adik ni murah. Aku dan Atin hadir dengan tangan yang berisi, berkat duit lebihan daripada insan dermawan yang lagi mulia. Kami dapat menghadiahkan adik-adik set alas tulis, disebabkan masing-masing sudah hampir dengan bulan peperiksaan. 
     Saat itu, aku nampak riak wajah riang adik-adik PEKEAS. Ya Allah, aku bersyukur sangat dapat berjumpa dengan mereka semua lagi. Tetapi, aku diberitahu dengan satu berita yang mengejutkan. Salah seorang adik telah terlibat dalam kemalangan semasa pulang dari sekolah. Allahu. Hanya doa yang mampu aku kirimkan sayang. "Semoga cepat sembuh adik Yaakub sayang!"

      Saat aku leka melayani adik-adik, tiba-tiba perasaan ingin tahu tentang punca adik-adik dihantar ke rumah yang mulia ini. Pada mulanya, Atin menanyakan tentang adik-adik sama ada mereka masih mempunyai family lain kepada Mak Andak. Hiba dan sedih aku rasakan, rupa-rupanya kebanyakkan dari mereka adalah senasib dengan keadaan aku. Mereka semua dihantar kesitu disebabkan masalah keluarga iaitu penceraian. Sungguh aku terdiam, dan mengawal segala emosi yang menyerang. Sedangkan aku ambil masa yang lama untuk menerima hakikat yang berlaku. Ini kan adik-adik yang masih muda. Allah. Macam mana mereka hadapi semua dugaan yang engkau timpakan? Sumpah, aku kagum dengan adik-adik ni. Walaupun mereka masih kecil, tetapi kesabaran dalam diri mereka kuat. Tak seperti aku yang mudah tewas sewaktu dulu.
      Saat mereka hadir dalam hidup aku, aku belajar erti ketabahan dan berdikari. Mana taknya, di seusia kecil begini mereka sudah harus hidup berdikari bergantung pada diri sendiri dan rakan-rakan mereka. Aku hanya mampu doakan yang terbaik untuk adik-adik. Semoga hidupmu sentiasa diberkati Allah sayang-sayang sekalian. "Akak takkan pernah lupakan adik-adik, trust me!"
-Sekian-