Wednesday, 29 March 2017

Menghitung hari
Bismillah ....(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera πŸ˜ƒ

Tinggal hanya beberapa minggu sahaja lagi (aargggghhh!!! 3 minggu lagi 😭😭😭😭) sebelum terlaksananya program Jalinan Masyarakat Bioinformatik bersama dengan penghuni di rumah PEKEAS. Jujur saya katakan mengendalikan projek ini bersama rakan- rakan merupakan satu pengalaman dan pengajaran kepada diri saya. Pada hakikatnya, mengendalikan projek ini banyak menguji mental dan emosi, bukan sahaja untuk diri saya bahkan seluruh krew serta rakan lain yang bertungkus lumus menjalankan tanggungjawab masing- masing. 

Biarpun terkadang berasa susah untuk bekerja bersama, perkara itulah yang perlu saya perbaiki dalam diri. Mungkin, memiliki sifat prihatin, lebih memahami dan yang paling penting adalah memaafkan serta meminta maaf perlu menjadi tunggak utama kepada diri saya untuk bekerja bersama mereka dan menjayakan projek ini.

Setiap daripada mereka telah berusaha sedaya upaya agar projek ini berjalan dengan lancar pada harinya. 
Saya sedar dan berterima kasih kepada mereka di atas usaha dan pengorbanan yang diberikan.
Di sini saya ingin meminta maaf kepada rakan seperjuangan andai kata saya melakukan kesalahan yang saya sendiri sengajakan atau tidak sengaja. 

Love you guys (Shamin,Anis,Mai,Adlina,Ain,Kartheeni,Foo) πŸ’—πŸ’—πŸ˜πŸ˜


-Fatin Qurratul 'Ain binti Saberam

No comments:

Post a Comment