Thursday, 30 March 2017

Cant wait!!!, 2 more weeks left
Bismillah ....(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera 😃

Pada 26 Mac 2017, saya bersama dengan beberapa orang rakan telah mengadakan lawatan ke rumah PEKEAS. Ianya merupakan lawatan yang pertama bagi rakan- rakan saya ke rumah tersebut. Ternyata reaksi mereka penuh dengan perasaan teruja dan seronok melihat anak- anak yang berada di rumah tersebut. 

Pada masa yang sama, kami membuat perancangan yang lebih teliti berkenaan dengan kemudahan penginapan, tempat untuk melaksanakan aktiviti dan pelbagai lagi dalam memastikan kelancaran program pada hari tersebut. Saya berharap, kami mampu menyelesaikan permasalahan yang timbul sebelum berlangsungnya program di rumah tersebut. In Sha Allah 



-Fatin Qurratul 'Ain binti Saberam

No comments:

Post a Comment