Tuesday, 14 March 2017

'Excited'
Bismillah.....(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera 😃,
Nama diberi Fatin Qurratul 'Ain binti Saberam, setiausaha Program Jalinan Masyarakat Bioinformatik sesi 2016/2017. Ketika pertama kali diberi taklimat dan penerangan mengenai program ini, perkara pertama yang bermain di dalam fikiran saya sewaktu itu adalah "Woah! this is my first time organizing a project". Gilalah kalau kata tak 'excited' waktu itu, saya bersama dengan 7 orang rakan- rakan diberi peluang untuk menjalan dan mengendalikan sendiri program yang melibatkan interaksi serta komunikasi bersama masyarakat.

Program JM ini sebenarnya menjadi satu batu locatan dalam merealisasikan impian saya untuk berbakti kepada masyarakat dengan menggunakan ilmu yang tersemat dalam diri. Pada pendapat saya, menuntut ilmu sejauh mana pun tidak dapat memberikan kepuasan dalam diri sekiranya hati dan rohani tidak dipenuhi dengan sifat simpati dan empati terhadap masyarakat dan manusia yang lain. Hal ini di inspirasikan oleh seseorang yang saya fikir amatlah bijak, pintar dan serba boleh dalam segala bidang yang diceburi. Beliau merasakan bahawa segala kebolehan dan ilmu yang dimiliki bukan untuk dirinya sahaja, bahkan untuk manfaat masyarakat serta manusia yang lain.

-Fatin Qurratul 'Ain binti Saberam-

No comments:

Post a Comment